news menu leftnews menu right
Lazatnya Beribadah Dalam Kaabah

MUSIM haji sememangnya seringkali meninggalkan nostalgia indah kepada mereka yang menjalani ibadah itu. Itulah hakikatnya sebagai tetamu Allah, hati sentiasa terasa tenang dan dekat kepada-Nya.

Lebih sembilan tahun lalu, pada malam 21 Oktober 2002 - ialah malam Nisfu Syaaban, kira-kira pukul 11.00 malam, masih terimbau saat syahdu melihat seorang pemimpin negara begitu khusyuk mengerjakan ibadatnya di pintu Kaabah.

 

Air mata saya menitis, sayu, sedih dan hiba ketika melihat mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad merapat kemas mukanya ke multazam pintu Kaabah. Tidaklah diketahui apa yang beliau berdoa dan bermunajat. Tetapi yang jelasnya beliau amat bersyahdu.

 

Ketika itu, beliau, isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan beberapa orang pegawai pengiring baru saja selesai sembahyang Isyak berjemaah, kemudian dibawa tawaf qudum/umrah dengan diiringi oleh ramai tentera kerajaan Arab Saudi.

 

Kebetulan malam itu - 21 Oktober 2002 - ialah malam Nisfu Syaaban. Kira-kira pukul 11.00 malam, rombongan Dr. Mahathir dibawa masuk ke dalam Kaabah. Lama juga beliau berada di dalamnya sehingga sempatlah beliau menunaikan sembahyang sunat pada empat penjuru Kaabah itu.

 

-- DAPATKAN MAJALAH DAKWAH ISU JAN/FEB 2012 DI PASARAN atau HUBUNGI BAHAGIAN PEMASARAN 03-40443077 --

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.