news menu leftnews menu right
Laman Utama Kenali Kami Kenali Majalah Dakwah
Legasi Majalah Dakwah

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ditubuhkan pada tahun 1974 oleh Perdana Menteri ke-2, Allahyarham Tun dakwah 1977dakwah 1977Abdul Razak bagi tujuan menyelaras dan menyatukan badan-badan dakwah serta membantu badan-badan ini supaya berperanan secara membina untuk pembangunan umat dan meningkatkan kefahaman Islam supaya masyarakat Islam memainkan peranan aktif dalam proses kemajuan.

Sesuai dengan peranan dan tanggungjawabnya, YADIM telah mengambil inisiatif menerbitkan majalahnya sendiri dengan menggunapakai perkataan ‘Dakwah’ sesuai dengan fungsinya sebagai sebuah badan dakwah yang disegani. Majalah Dakwah edisi pertama telah diterbitkan pada  bulan Mac 1977 bersamaan Rabiul Awal tahun 1397H, dalam tulisan rumi.

Pada peringkat awal penubuhan, penerbitan majalah ini telah mendapat restu dari dakwah 1989dakwah 1989Allahyarham Datuk Hussein Onn selaku Perdana Menteri Malaysia pada masa itu dengan harapan agar majalah ini dapat menyebarkan ajaran agama yang suci, membimbing hidup yang seimbang serta dapat memberi panduan dan manfaat kepada umat Islam. Di awal penerbitannya, Majalah Dakwah membawa mesej berbentuk dakwah dengan mempamerkan bentuk penulisan yang memberi pengetahuan dan membahaskan isu-isu semasa berkaitan dengan dakwah Islamiyah.

Penerbitan Majalah Dakwah mampu bertahan selama 23 tahun bermula dengan edisi pertamanya sehingga edisi ke-271 sebelum terpaksa diberhentikan penerbitannya pada tahun 2000.

dakwah 1999dakwah 1999Memandangkan pada masa kini pembaca Islam di negara ini tidak mempunyai bahan rujukan yang bersifat mudah, popular dan semi ilmiah, YADIM telah bercadang menerbitkan kembali Majalah Dakwah untuk mengisi kekosongan itu. Ini selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan lebih banyak bahan bacaan pilihan kepada masyarakat.

Sebagai payung kepada agensi dakwah, YADIM berasakan bahawa adalah suatu pendekatan yang menarik dan berkesan apabila setiap permasalahan umat Islam khasnya dikupas secara lebih komprehensif melalui pendekatan popular dan semi ilmiah bagi membolehkannya menjadi bahan rujukan kepada masyarakat.  

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.