news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Peribadi Toleransi ‘Bawaan’ Rasulullah
Toleransi ‘Bawaan’ Rasulullah
KITA selalu membaca sejarah Rasulullah s.a.w yang begitu mengambil berat tentang hak-hak kejiranan, pembesar satu kaum yang bukan Islam dan terhadap orang tua serta orang kafir yang berhajat.

Kita pernah mendengar bagaimana hubungan Rasulullah s.a.w dengan orang Yahudi hingga baju besinya masih tergadai sehingga Baginda wafat.

Dan bagaimana Baginda melayan orang tua dan mereka yang memusuhinya serta bagaimana penghormatan dan sanjungan yang diberi kepada jenazah seorang Yahudi yang sedang dibawa di hadapannya sehingga sahabat berasa iri hati dengan penghormatan itu.

Kata sahabat tidakkah jenazah itu seorang Yahudi. Jawab Baginda, bukankah dia juga satu jiwa yang dicipta oleh Allah. Ini menggambarkan hubungan kebaikan atau penghormatan sesama manusia tidak dilarang sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan  kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripda menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang  yang zalim.” (al-Mumtahanah 60 8-9).
 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.