news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Tanya Ustaz Curi wang suami untuk belanja
Curi wang suami untuk belanja

- Suzana Ismail, Petaling Jaya

JAWAPAN: Hukum mengambil duit suami tanpa pengetahuannya untuk tujuan perbelanjaan harian makan minum dan persekolahan anak-anak telah dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Ini dapat difahami daripada satu peristiwa apabila Hindun binti Atabah isteri Abu Sufian, sahabat Rasulullah telah datang bertanya masalah yang sama kepada Baginda. Berhubung persoalan ini Rasulullah bersabda yang bermaksud: Ambillah apa yang dapat menampungmu dan anak-anakmu secukupnya. (maksud hadis).

Abu Sufian adalah seorang yang sangat kedekut dalam perbelanjaannya. Dia tidak menyediakan perbelanjaan yang cukup untuk anak dan isterinya sehingga isterinya terpaksa datang mengadu menceritakan kesempitan hidupnya kepada Rasulullah. Hadis ini diceritakan oleh Aisyah, riwayat Bukhari Muslim.

Sikap kikir ini banyak diamalkan oleh sesetengah hartawan kita hari ini tetapi mereka lebih bersikap dermawan di luar kerana inginkan kemasyhuran. Perintah Rasulullah tadi menunjukkan boleh diambil duit suami tanpa kebenarannya, sekiranya pemberian suami masih tidak dapat memenuhi keperluan isteri serta anak-anaknya.

Pengambilan ini tidak dibenarkan melebihi dari keperluan tetapi sekadar mencukupi sahaja. Kalau melebihi keperluan ia adalah haram.

Daripada hadis di atas juga banyak pengajaran yang dapat kita fahami antara lain:

Pertama: Kita boleh menceritakan tabiat buruk seseorang kepada mereka yang berkenaan dan yang berkaitan sahaja tetapi umat Islam dilarang mengumpat sesama saudara Muslim.

Kedua: Harus mendengar pengaduan buruk yang disampaikan untuk pengadilan dan mendapat kepastian sesuatu hukum.

Ketiga: Boleh mengambil untuk sekadar perbelanjaan bagi sesuatu urusan yang perlu sahaja. Sekalipun tanpa pengetahuan mereka (suami). Wallahualam.

Tags:
 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.