news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Ensiklopedia Teori Ptolemy Di Bawah Akalnya
Teori Ptolemy Di Bawah Akalnya

 

IBNU al-Syatir adalah ahli astronomi yang sangat penting dan berpengaruh dalam sejarah perabadan Islam. Beliau berhasil menjelaskan teori planet serta mencipta peralatan astronomi yang digunakan individu dan kumpulan yang mengkaji serta mendalami ilmu astronomi.

 

Ibnu Al-Syatir pernah dipelihara bapa saudaranya, seorang pengukir kayu. Selepas kematian bapanya ketika usia beliau enam tahun, turut menguasai ilmu kesenian ukiran.


Beliau mahir menghasilkan seni ukiran menggunakan gading yang diminati golongan kaya dan mereka sanggup membeli pada harga tinggi. Dengan menggunakan hasil seni ukiran itulah, Ibnu al-Syatir mengelilingi dunia dan mengunjungi banyak tempat termasuk Iskandariah untuk menimba ilmu.

 

Penguasaan beliau dalam ilmu matematik serta kejuruteraan membolehkan beliau mendalami ilmu astronomi dan menghasilkan astrolab, alat yang digunakan untuk mengira jarak bintang dengan lebih tepat.


Astrolab adalah peralatan kuno untuk mengukur ketinggian bintang di langit. la berbentuk cakera yang diperbuat daripada kayu atau logam yang di bahagian tepinya terdapat ukuran darjah dan di tengah-tengahnya jarum penunjuk yang boleh bergerak.


Menggunakan ilmu pengetahuannya, Ibnu al-Syatir membuat pembetulan alat penunjuk waktu menggunakan bayang-bayang matahari di atas permukaan jam yang dinamakan mizwalah.


Berdasarkan pengetahuannya juga, Ibnu al-Syatir berjaya memberi penjelasan teori ilmu astronomi, matematik dan geografi Yunani serta Mesir. Malah, beliau membuat pembetulan terhadap teori Claudius Ptolemeus (Ptolemy) yang mengatakan bahawa bumi adalah pusat peredaran planet serta bintang yang ada di langit secara teratur.


Hasil pengamatan terhadap planet luar seperti Marikh, Musytari dan Zuhal, beliau berjaya menemukan bukti bahawa bumi bukan pusat peredaran, sebaliknya semua planet mengelilingi matahari.


Memang pada mulanya penemuan beliau dianggap pelik, namun apabila beliau memberikan ulasan mengenai kesilapan teori Ptolemy, kehebatan ilmunya dikagumi tokoh ilmuwan lain.


Bagaimanapun, wujud salah faham apabila penemuan Ibnu al-Syatir tidak banyak diperkatakan, menyebabkan ramai mengatakan teori bumi mengelilingi matahari ditemukan ahli ilmu falak Poland, Copernicus King, yang membuat kajian mengenai hasil penemuan ilmuwan Islam, namun akhirnya dibuktikan oleh beberapa pakar astronomi bahawa kebanyakan teori yang dikaitkan dengan Copernicus sebenarnya diambil daripada ilmuwan Islam bernama Ibnu al-Syatir ini.


Malah, kajian terhadap beberapa manuskrip Arab di Poland pada 1973 menunjukkan bahawa Copernicus mengambil hasil penemuan daripada manuskrip tersebut dan menyandarkan pendapat berkenaan atas nama dirinya.


Ibnu Al-Syatir juga berjaya mencipta alat untuk mengetahui waktu solat yang dinamakan ‘al-Basit’ yang kemudiannya diletakkan di menara azan Masjid Umawi di Damsyik, Syria.

 

Selain itu, beliau turut mengarang 30 judul buku, antaranya Risalah fi Ta’liq al-Arsad, Urjuzah fi al-Ka-wakib, Risalah ‘an Sun al-Usturlab, Kitab al-Mukhtasar fi Sun al-Usturlab dan Risalah fi Usul ‘Ilm al-Us-triab. Bagaimanapun, kebanyakan hasil karya tokoh ilmuwan yang dikagumi ramai itu didapati hilang.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.