news menu leftnews menu right
Laman Utama Topik Mengapa UMNO dan PAS Perlu Bersatu?
Mengapa UMNO dan PAS Perlu Bersatu?

Oleh ZIN MAHMUD

 

SEMPENA ulang tahun ke-65 UMNO pada 11 Mei lalu, ada baiknya seseorang melihat ketika mana orang Melayu bersatu di bawah satu pertubuhan. Pada awalnya UMNO adalah gabungan semua pertrubuhan-pertubuhan orang Melayu dari pelbagai lapisan masyarakat. Bukan saja golongan rakyat biasa yang tidak cenderung politik hinggalah parti politik radikal seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Semuanya bersatu.

 

Maka pertubuhan yang pertama keluar ialah PKMM. Masalahnya ialah bendera. Tetapi di sebalik itu, mereka tidak senang dengan UMNO yang dilihat sebagai didominasi oleh golongan bangsawan dan bersifat tidak radikal dalam memperjuangkan kemerdekaan.

 

Tetapi ternyata orang bangsawan juga yang berjaya membawa tanah melayu mencapai kemerdekaan iaitu Tunku Abdul Rahman. Sementara PKMM mengalami tekanan oleh penjajah British yang akhirnya melumpuhkan saja parti itu kerana mereka tidak ada kekuatan.

 

Sebahagian daripada mereka menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) dan bergerila di hutan. Mereka ini seperti Musa Ahmad, Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh. Sebahagiannya menubuhkan parti sendiri iaitu Parti Rakyat Malaya (PRM) seperti Ahmad Boestamam. Sebahagian pula menyertai PAS seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy. Tidak kurang pula menyertai UMNO seperti Ghafar Baba dan Aishah Ghani.

 

Tetapi lihatlah akhirnya. Perjuangan PKM sia-sia, kalaulah ia menang sekalipun dalam darirat ini, bukan saja komunis seperti yang terbukti di banyak negara mereka akan merosakkan negara, tetapi pemimpin Melayu hanya menjadi boneka dengan orang Melayu yang akhirnya tidak tahan dan akan memberontak seperti yang berlaku di negara-negara Arab baru-baru ini.

 

PRM juga kini hilang apabila ia digabungkan dengan Parti Keadilan Nasional. Bantahan mereka terhadap bendera Umno dahulu menjadi tidak relevan. Mereka kini berfgabung dengan orang yang fahaman politik mereka terlalu pelbagai dan liberal, iaitu berbanding dengan UMNO ketika PKMM berada di dalamnya.

 

PAS dalam perjuangannya tidak dapat mencapai tahap yang jauh. Kemenangannya di Kelantan dan Terengganu pada awalnya sukar untuk berkesan dan membawa pembangunan kepada rakyat kerana sistem negara ini yang kuasanya terletak di pusat.

 

Akhirnya ia bersatu juga dengan UMNO dalam Barisan Nasional pada tahun 1974 untuk kepimpinan Melayu yang berkesan walaupun kemudian ia tersingkir semula.

 

SELANJUTNYA DAPATKAN MAJALAH DAKWAH TERBARU ISU JULAI/OGOS2011 DIPASARAN!

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.