news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Bingkisan Rohani Untuk Apa Kita Dilahirkan?
Untuk Apa Kita Dilahirkan?

lahir25ogos11lahir25ogos11PEMAHAMAN tentang prinsip-prinsip akidah adalah penting dalam pembentukan peribadi seseorang manusia. Orang yang memahami prinsip-prinsip akidah secara yang lebih baik memiliki peribadi yang lebih positif. Contohnya, salah satu aspek atau prinsip aqidah ialah tujuan manusia dicipta, dihidupkan di muka bumi ini. orang yang memahami tujuan manusia dihidupkan ke dunia ini. Orang yang memahami tujuan manusia dihidupkan ke dunia ini menikmati hidup lebih tenang, bersikap lebih menerima, lebih sabar, tidak mudah kecewa, tidak sombong, lebih bermotivsi, lebih aktif dan lebih produktif.

 

dianalisis daripada ayat-ayat Quran dan hadis yang berkaitan, boleh dibuat kesimpulan bahawa tujuan manusia dicipta dan dihidupkan ke dunia ini hanyalah satu sahaja iaitu untuk diuji
oleh Allah. Ini boleh dilihat di dalam ayat di bawah ini:

 

“Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.” (al-An’am: 165)

 

“Kami turunkan kepadamu Kitab ini (al-Quran) dengan kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara dan mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dari kebenaran yang diberi kepada kamu. Bagi setiap umat yang ada di antara kamu, kami tetapkan sesuatu syariat dan cara hidup (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Sekiranya Allah mengkehendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat, tetapi Dia hendak menguji kamu dengan apa yang diberikan kepada kamu.” (al-Maidah: 48)

 

“Dialah yang telah menjadikan mati dan hidup untuk menguji kamu siapa di antara kamu yang paling baik amalannya.” (al-Mulk: 2)

 

Daripada tiga ayat di atas, boleh dibuat kesimpulan iaitu dari segi sifat dan kejadian “semula jadi” baik dari segi fizikal, fisiologi atau psikologi sifat, manusia dicipta berlainan di antara satu dengan yang lain, mereka juga diberi hak dan tugas berlainan, malahan taraf dan kedudukan mereka, sesetengahnya diberi lebih tinggi daripada yang lain.

 

Barangkali contoh yang paling jelas bagi menerangkan perkara ini ialah kejadian “semula jadi” kaum lelaki dan kaum wanita dan hak dan tanggungjawab atau peraturan-peraturan yang berlainan yang dikenakan ke atas mereka. Perbezaan kejadian “semula jadi” ini ada disebut di dalam surah al-Hujurat, ayat 13, yang bermaksud:

 

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu kenal-mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi takwanya kepada Allah.”

 

Dari sudut fizikal, lelaki berlainan daripada perempuan. Lelaki mempunyai bentuk badan dan organ jantina yang berlainan; biasanya lelaki mempunyai bentuk badan yang lebih besar, lebih tinggi dan lebih gagah dari wanita. Dari sudut fisiologi, wanita boleh mengandung, boleh melahirkan anak dan biasanya mengalami haid setiap bulan, sementara lelaki tidak. Dari sudut psikologi, dibandingkan dengan lelaki, wanita lebih dipengaruhi oleh perasaan dan perasaan pemalu, dibandingkan dengan wanita, lelaki lebih kasar. Lelaki lebih berminat kepada isu politik, kepimpinan dan ekonomi sedangkan wanita lebih berminat kepada isu-isu kecil seperti pinggan mangkuk, pakaian dan sebagainya. Lelaki lebih suka kepada warna pudar sedangkan wanita lebih suka kepada warna cerah. Wanita lebih suka kepada perhiasan, manakala lelaki kurang menyukainya. Lelaki lebih berani daripada wanita. Wanita mengalami tekanan jiwa semasa mengalami haid, semasa mengidam dan selepas bersalin (post-nartal depression), sementara lelaki tidak.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.