news menu leftnews menu right
Laman Utama Topik Cantik Luar, Cantik Lagi Yang Dalam
Cantik Luar, Cantik Lagi Yang Dalam

oleh ZULKARNAIN ZAKARIA

 

MEMANDANGKAN saya agak sering ke luar negara, ramai kawan-kawan bertanya: wanita di Negara manakah yang paling cantik? Penulis pernah  melawat Eropah. Jadi kalau di Eropah, jawab penulis, wanita Czech  adalah antara yang paling cantik.

 

“Mengapa?” mereka bertanya.

 

Jawab penulis, kerana secara amnya, wanita-wanita Czech mempunyai tubuh yang lampai, muka bujur sirih serta rupa paras yang menawan. Mereka umpama model, mengatasi wanita Inggeris, Jerman, Holand, Perancis, Scandinavia dan sebagainya.

 

Namun begitu, jelas penulis, wanita Rusia lebih cantik berbanding wanita Czech. Ini kerana, wanita Rusia mempunyai kulit yang lebih putih dan wajah yang lebih manja. Cuba lihat atlet-atlet tenis mereka. Anna Kournikova dan Maria Sharapova adalah umpama si ratu yang memegang raket.

 

Tetapi, benarkah wanita Rusia yang tercantik? Tidak juga. Apabila  diamati, rupa-rupanya kecantikan wanita Rusia dan Czech ini tidak dapat menandingi kecantikan wanita Bosnia. Apa istimewanya wanita Bosnia? Ada dua sebab. Pertama, kerana cantuman kecantikan darah Eropah dan Arab. Bangsa Bosniak berasal dari warga Turki Uthmaniah yang menjajah hingga ke wilayah tersebut pada 1463-1878. Dalam darah mereka terkandung campuran ciri-ciri Eropah dan Arab.

 

Kedua, kerana wanita-wanita Bosnia mempunyai cahaya kelembutan pada wajah mereka, yang tiada pada wanita-wanita Eropah lain. Kecantikan dalaman itu tetap terpancar walaupun terlindung di sebalik tudung yang menutup kepala serta pakaian yang longgar. Dari mana pula datangnya kecantikan dalaman itu? Nanti saya beritahu...

 

Di Asia Barat pula, barangkali wanita Lebanon tergolong dalam kategori tercantik. Mereka mempunyai tubuh yang mekar, kulit putih bersih serta warna mata yang bercahaya. Rambut mereka perang dan beralun, sangat menggoda.

 

“Jadi, adakah wanita Lebanon adalah yang tercantik di Asia Barat?” soal sahabat.

 

Saya menjawab, “Tidak”, kerana secara umumnya wanita Syria lebih cantik. Syria dan Lebanon itu berjiran dan bersaudara, dalam wilayah Syam. Namun akibat pemisahan geografi, politik, budaya, agama dan sosial, mengakibatkan mereka kemudiannya mempunyai ciri-ciri kecantikan yang berbeza.

 

Mengapa wanita Syria lebih cantik? Itu juga akan saya jelaskan nanti.

 

Begitulah juga dengan wanita-wanita Melayu. Setelah melawat banyak negara di Eropah dan Asia, saya dapati, wanita Melayu turut tergolong dalam kategori ini. Mereka mungkin secara umumnya tidak mempunyai tubuh yang jenjang, kulit yang putih serta warna mata yang menawan, tetapi wanita-wanita Melayu memang cantik.

 

Sekarang, mengapakah wanita-wanita Bosnia, Syria dan Melayu mempunyai wajah yang lebih cantik? Jawapannya ialah kecantikan dalaman (jiwa, hati, iman dan minda) yang terpancar ke wajah mereka.

 

Kecantikan wanita Syria bukan datang dari penampilan seksi seperti wanita Lebanon, tetapi dari hati mereka. Sesiapa pun dengan mudah dapat melihat walaupun bertudung dan jubah, wanita-wanita Syria mempunyai wajah yang lembut. Seperti ada cahaya yang terpancar pada pipi, mata, bibir dan seluruh wajah mereka. Cahaya kelembutan itu kemudiannya terbias dalam pertuturan, gerak laku serta perwatakan yang sopan.

 

Dari mana datangnya kelembutan itu? Tidak lain tidak bukan, daripada keimanan kepada Islam. Syria adalah bumi para anbia, tempat hidup dan wafatnya nabi-nabi, antaranya Nabi Yahya, Zakaria dan Ayub, juga para sahabat dan ulama muktabar seperti Muawiyah, Saidatina Ruqayyah, Khalifah Umar bin Abd. Aziz, Bilal bin Robah, Solahuddin al-Ayubi, Abu Darda’, Sultan Nuruddin Az-zinki, Imam Nawawi dan ramai lagi.

 

SELANJUTNYA DAPATKAN MAJALAH DAKWAH ISU 10 (NOV/DEC2011) DIPASARAN SEKARANG!

 

This content has been locked. You can no longer post any comment.



Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.