news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Kompas Sinkritisme Dalam Pluralisme Agama
Sinkritisme Dalam Pluralisme Agama

pinpin

Kecenderungan untuk menggabungkan sesebuah agama dengan agama-agama lain telah wujud di dalam tradisi beragama di seluruh dunia. Ada yang bertujuan baik dan tidak kurang juga bertujuan untuk memuaskan nafsu seseorang. Pluralisme agama adalah istilah umum yang digunakan untuk fenomena ini dan ia mengandungi berbagai arah aliran atau tren. Salah satu arah aliran ini adalah sinkritisme (syncretism) yang membawa maksud menggabungkan atau mencampurkan sistem-sistem kepercayaan dan amalan-amalan agama di dunia supaya menjadi satu entiti baru. Dalam era pasca moden fenomena ini termasuk dalam istilah ‘New Religion” atau “New Religious Movement”. Istilah-istilah ini tidak mempunyai definisi yang tepat justeru setiap kumpulan mempunyai asal usul, upacara penyembahan dan sifat yang berlainan di antara kumpulan-kumpulan yang lain.

Terdapat banyak jenis kumpulan dalam tren sinkretisme ini seperti (1)   mencampuradukkan antara agama-agama besar di dunia dan membentuk satu agama baru, (2) mencampur-adukkan ajaran-ajaran dari agama-agama besar dunia dengan kepercayaan pagan dan orang asli di sesuatu tempat, (3) mencampuradukkan sistem kepercayaan agama-agama besar dengan metode psikologi moden dan membentuk satu ajaran baru, (4) pembentukan sesebuah agama baru yang diasaskan daripada agama besar yang terdahulu. Oleh kerana terlalu banyak jenis dan ciri-ciri dalam trend sinkritisme ini, penulis hanya akan membicangkan empat jenis yang tersebut sahaja.

Kumpulan yang pertama dalam tren sinkritisme ini adalah mencampurkan kepercayaan-kepercayaan agama besar dunia seperti Islam, Hinduisme, Buddhisme dan lain-lain lagi. Contoh yang sesuai bagi kumpulan ini adalah agama Sikh (Sikhisme) yang diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539) di India. Beliau sebenarnya membentuk fahaman ini dari asas yang telah ditinggalkan oleh dua orang pemikir yang beragama Hindu dan Islam. Salah seorang dari mereka, Kabir yang dilahirkan muslim, mempercayai konsep satu tuhan yang mempunyai pelbagai nama antaranya Allah atau Rama. Kabir menolak adanya kitab-kitab suci, tempat penyembahan dan para rahib. Guru Nanak dikatakan menyertai orang-orang Islam dalam pencariannya terhadap kebenaran dengan mempelajari al-Quran di samping kitab-kitab (shastras) Hindu. Beliau dikatakan pernah mengucapkan “Bukanlah (jalan) orang Hindu dan juga orang Islam, jadi jalan mana yang perlu aku ikut? Aku akan mengikuti jalan Tuhan, yang sekali-kali bukan tuhan orang Hindu dan Muslim, jadi jalan yang aku ikuti adalah jalan Tuhan”. Intipati ajarannya adalah ke-esaan tuhan dan penyatuan diri dengan tuhan secara ruhani (sama dengan nirvana dalam Buddhisme, atau moksha dalam Hinduisme), persaudaraan sesama manusia, menolak penyembahan berhala dan penolakan terhadap sistem kasta. Tuhan dalam agama ini adalah tidak mempunyai bentuk, tidak terikat dengan masa, tidak ada jantina dan tidak boleh dilihat. Walau bagaimana pun pengikut-pengikut digalakkan bermeditasi kerana tuhan boleh dilihat dengan mata hati. Agama ini juga berpegang bahawa sebelum kejadian sesuatu, kesemuanya bersatu dengan tuhan (pantheisme). Alam ini dijadikan oleh tuhan dengan kehendak dan arahan-Nya dan ia merupakan maya (ilusi) yang menyesatkan manusia yang ingin bersatu dengan tuhan. Selepas kematiannya, ajarannya disambung bangunkan oleh Guru Angad (1504-1552) dan Guru Amar Das (1552-1574).

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.