news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Bingkisan Rohani Buruk & Baik Hawa Nafsu
Buruk & Baik Hawa Nafsu

hartaharta

PERNAH kita memikirkan bahawa nafsu yang ada dalam diri kita boleh menerjahkan diri kita ke arah kebinasaan dan juga kehinaan? Dan pernahkah kita terfikir bahawa nafsu juga boleh mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan dan juga kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan hawa nafsu ini? Jika dicari asal makna ‘hawa’ dalam bahawa Arab, maka ia merujuk kepada pengertian ‘suka’ ataupun ‘cinta’. Menurut ahli bahasa, ‘hawa’ ialah kesukaan manusia kepada sesuatu yang dapat menggembirakan serta memenangkan hatinya. Sedangkan ‘nafsu’, ia merupakan suatu dorongan dalaman yang menjadi fitrah jiwa manusia untuk mencapai pelbagai jenis keinginan dan keseronokan di dalam kehidupannya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

 

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini; iaitu kecintaan kepada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).” (Ali Imran: 14)

Menerusi ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa hikmah Allah s.w.t menciptakan nafsu keinginan dalam diri manusia ialah dengan tujuan untuk mendorong manusia mendapatkan apa juga perkara yang menjadi kemaslahatan dirinya atau kesinambungan zuriatnya. Keadaan nafsu yang menginginkan pelbagai perkara ini bukanlah satu kesalahan. Yang dicela dan salah ialah jika seseorang itu berusaha untuk mendapatkan keinginannya menerusi jalan yang tidak disyariatkan, atau menyebabkannya berpaling daripada mentaati perintah Allah s.w.t.

 

Imam al-Ghazali rahimahullah pernah berkata: “Sesungguhnya hawa nafsu ialah suatu bentuk keinginan yang tidak terpuji. Adapun keinginan yang terpuji adalah datangnya daripada panduan Allah s.w.t, yakni kekuatan ataupun dorongan yang menyebabkan manusia mahu menggerakkan dirinya untuk mendapat sesuatu perkara yang bermanfaat, sama ada untuk dirinya, keturunannya ataupun kedua-duanya sekali.”

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.