news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Langit Terbuka IS Yang Dikecam, Blair Patut Diadili
IS Yang Dikecam, Blair Patut Diadili

blairblairDaulah Islam atau Islamic State telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai kumpulan radikal yang wajar dihapuskan atas alasan kekejaman yang telah dilakukan ke atas masyarakat dunia. Paling ketara ialah negara-negara Islam yang menjadi sasarannya, iaitu Arab Saudi, Mesir, Syria dan Yemen.



Islamic State (IS) pada awalnya dikenali sebagai Islamic State Syria and Leviathian (ISIL) telah ditubuhkan pada tahun 2014 selepas pemimpin al-Qaeda, Osama Benladin dibunuh di Abbotabad, Pakistan dalam satu serangan menggunakan helikopter oleh pasukan elit Naval Squad, di sebuah rumah banglo berhampiran pengkalan tentera pada 2 Mei 2011. Osama disenaraikan sebagai musuh paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat sejak runtuhnya World Trade Center pada 11 September 2001.
Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair pada bulan Oktober 2015 membuat pengakuan bahawa dirinya turut bersalah atas kelahiran kumpulan militan IS kerana menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat setahun lebih awal sebelum Iraq diserang pada tahun 2003.
Ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh pengacara politik menerusi satu program stesen televisyen Cable News Network (CNN), Tony Blair berkata: “Saya memohon maaf kerana fakta perisikan yang kami terima ketika itu silap. Saya memohon maaf kerana kesilapan dalam membuat perancangan dan sudah tentunya, kesilapan kami untuk memahami apa yang akan berlaku sebaik kita menggulingkan Saddam Hussein.”

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.