news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Zihin Mukmin Apabila HARGA Dunia Menjadi Kecil dan HARGA Akhirat Menjadi Mahal
Apabila HARGA Dunia Menjadi Kecil dan HARGA Akhirat Menjadi Mahal

AkhiratAkhiratApabila membicarakan berkenaan dengan zihin, ia merujuk kepada minda dan kerangka pemikiran bagi sesuatu minda itu. Tingkah laku kita ditentukan oleh tanggapan dan pemahaman kita terhadap sesuatu input. Persepsi serta tanggapan ini dicorakkan oleh zihin kita. Manakala zihin kita itu sangat dikuasai oleh sistem kepercayaan kita. Sistem kepercayaan ini tempatnya ialah di hati kita.


‘Amr bin Syu’aib meriwayatkan daripada bapanya, daripada datuknya (iaitu Saidina Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash RA), bahawa Baginda Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: “Permulaan perbaikan (islah) umat ini ialah dengan perantaraan yakin dan zuhud. Sementara permulaan fasad (kerosakan) umat ini ialah dengan sebab kedekut dan panjang angan-angan.” (HR al-Baihaqi di dalam kitab Syu’bul Iman).
Imam Ahmad juga meriwayatkan satu hadis dengan lafaz yang sedikit berbeza, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perbaikan generasi awal umat ini ialah dengan zuhud dan yakin, dan binasalah generasi terkemudiannya dengan kedekut dan panjang angan-angan.”
Manakala Ibnu Abid-Dunya meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Telah selamat golongan awal umat ini dengan yakin dan zuhud, dan binasa yang terkemudian daripadanya dengan kedekut dan panjang angan-angan.”
Di dalam kitab Mirqatul-Mafaatih, Imam Mula ‘Ali Qari menyatakan bahawa al-yaqin (yakin) di sini merujuk kepada keyakinan yang muktamad terhadap Allah. Bahawa Allah yang menguasai seluruh langit bumi dan menguruskan rezeki segala makhluk-Nya.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.