news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Bingkisan Rohani Bersegeralah Melakukan Amalan Baik
Bersegeralah Melakukan Amalan Baik

amalan_baikamalan_baikDiam tak diam, tahun 2015 telah pun melabuhkan tirainya.  Segala peristiwa yang manis mahupun yang pahit tidak akan dapat diulangi lagi. Walau sehebat mana pun manusia itu, yang pergi tetap akan pergi. Peluang yang tinggal untuk bermuhasabah, memperbaiki diri, menimba ilmu atau apa jua yang terhasrat di relung hati ada terbentang di masa hadapan setiap diri manusia. Namun itu hanya perancangan kerana Allah yang akan menentukan.


Sebagai manusia yang tunduk kepada keesaan Allah harus sentiasa mengingati bahawa setiap perjalanan dalam kehidupan itu adalah sebahagian destinasi.  Tidak kira destinasi itu adalah tempat yang ingin kita tujui atau sebaliknya tetapi itulah pencapaian yang kita raih. Oleh sebab itu, bersegeralah melakukan kebajikan dan amal kebaikan agar segala yang dilakukan itu tidak membuatkan kita dalam kerugian.
Tidak perlu tunggu sehingga menjadi orang kaya atau pemimpin baharu hendak berbakti dan membuat amal jariah kepada masyarakat. Jadi diri sendiri sudah mencukupi. Yang penting bersegeralah melakukan amalan baik dan berdakwah di jalan Allah. Sesungguhnya esok atau lusa kita akan mati dan setiap yang berlaku tidak dapat diduga.
Benarlah pepatah lama yang mengatakan bahawa masa itu emas. Ini kerana sedetik masa yang berlalu tidak akan dapat berulang kembali. Manusia yang mensia-siakan masa adalah manusia yang mendapat kerugian di dunia dan di akhirat.
Firman Allah yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, melainkan orang yang beriman dan beramal soleh dan orang yang menyeru kepada kebenaran dan kesabaran.” (al-Asr: 1-3)

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.