news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Analisis Elakkan Jadi Penyair Sesat
Elakkan Jadi Penyair Sesat

 

penyair_sesatpenyair_sesatSecara umum mungkin kita berpendapat bahawa kesusasteraan dan persuratan Islam adalah sama. Tetapi jika ditinjau secara lebih terperinci dari sudut kandungan dan ruang lingkupnya ternyata kedua-dua istilah tersebut mempunyai banyak perbezaannya. Sama ada ia dilihat dari sudut sejarah kemunculannya dalam pemahaman dan pemakaiannya mahupun dilihat dari sudut mesej yang dibawa.

Perbedaan ini perlu dinyatakan memikirkan pentingnya para penulis dan pengkaji kesusasteraan atau persuratan menggunakan pendekatan yang betul terhadap penggunaan kedua-dua istilah ini dalam konteks penghasilan karya-karya masa lalu dan masa kini.

Kesusasteraan dan persuratan bukan semata-mata berbeda dari sudut ruang lingkupnya tetapi juga mendukung konsep yang berlainan pula. Bawaan makna kesusasteraan dan persuratan berasaskan pentafsiran para sarjana dan kegiatan penulisan itu sendiri memperlihatkan hakikat ini.

Apa lagi melihat kepada genre yang menjadi sasaran dan tumpuan para pengkaji dan penulis itu sendiri secara sedar ianya tidak hanya berbeza dari sudut semantik tetapi lebih dari itu ianya memberikan implikasi terhadap proses persejarahan dan pembinaan sistem nilai di kalangan masyarakat di zaman-zaman tertentu atau wilayah-wilayah tertentu.

 

SILA DAPATKAN MAJALAH DAKWAH DI PASARAN (MPH)

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.