news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Langit Terbuka Cukup IS Jangan Musnahkan Lagi
Cukup IS Jangan Musnahkan Lagi

cukup_IScukup_ISApa perasaan anda kalau Masjid Kampung Hulu, di Melaka (dibina pada 1782) iaitu masjid tertua di negara ini yang masih digunakan, tiba-tiba dimusnahkan? Bagaimana kalau kota A’Famosa diruntuhkan? Jika Batu Bersurat Terengganu serta manuskrip-manuskrip Melayu lama pula dihancurkan, bagaimana?

Tiada siapa di kalangan kita yang waras akal fikirannya dapat menerima tindakan ganas ini. Apatah lagi kalau monumen, artifak dan bahan-bahan sejarah negara dimusnahkan atas nama agama. Atau dilarikan serta dijual untuk mendapatkan wang.

Kita kata itu `GILA!’. Kita kata itu `MELAMPAU’. Tapi perbuatan gila dan melampau itulah yang sedang berlaku di Syria ketika ini. Si pengganasnya ialah kumpulan militan Negara Islam (IS), yang kononnya mahu membina sebuah kerajaan dunia berteraskan syariat Islam sebenar.

Pada penghujung Ogos tahun lalu, pengganas itu memusnahkan Kuil Bel di Palmyra. Ya, kuil itu bukan untuk penganut Islam. Ia kuil untuk penyembah Dewa Bel, iaitu agama kuno Mesopotamia ribuan tahun lalu.

Bel adalah Tuhan segala Tuhan, yang disembah oleh masyarakat Assyria, Babylon dan Akkad di samping dewa bulan, Aglibol, dan dewa matahari, Yarhibol. Kuil yang dibina pada kurun ke-3 Sebelum Masihi (SM) itu dianggap sebagai kuil yang paling penting di Timur Tengah.

 

SILA DAPATKAN MAJALAH DAKWAH DI PASARAN (MPH)

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.