news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Zihin Mukmin ‘Ahsanul Qaul’ Membentuk Islah Diri Mantap
‘Ahsanul Qaul’ Membentuk Islah Diri Mantap

Islah_diriIslah_diri

Percakapan akan memberikan kesan yang segera kepada hati. Maka seorang yang beriman akan memastikan percakapan yang dituturkan dan percakapan yang didengar setiap hari adalah percakapan yang akan meneguhkan lagi keimanan dan ketakwaan hati kepada Allah SWT. Dan kerana itulah jugalah Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa agama seseorang itu dicerna dan dibentuk oleh teman rapat dalam pergaulan hariannya.

Imam Ahmad merekodkan satu hadis di mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Agama seseorang itu bergantung kepada agama teman rapatnya, maka seseorang dari kamu hendaklah melihat siapakah yang diambil sebagai teman rapatnya.”

Seseorang yang menjadi teman rapat kepada seseorang yang lain, sudah pasti akan sentiasa berkomunikasi dan berbicara dalam pergaulan harian mereka. Percakapan dan pendengaran kepada apa yang dicakapkan seharian ini akan sangat memberi kesan kepada hati. Apa yang terkesan kepada hati ini akan membentuk apa yang dinamakan sebagai sistem kepercayaan seseorang.

Sistem kepercayaan inilah yang akan mencorakkan pula paradigma atau kacamata minda seseorang. Kacamata minda ini pula mencorakkan sikap. Manakala sikap pula akan menentukan tindakan.

 

SILA DAPATKAN MAJALAH DAKWAH DI PASARAN (MPH)

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.