news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Sekelibat Alam Takambang Jadi Guru
Alam Takambang Jadi Guru

 alam_takambangalam_takambangHutan kecil di belakang rumah yang pernah menjadi tempat babi berkubang, kediaman ayam hutan, sarang kerengga dan kongkiak, tempat lotong dan kera bergayutan, kini sudah rata dan terang. Buldozer meratah tanah belakang rumah itu selama dua hari dan kelihatan tunggul kayu yang bercampur tanah terkumpul di sana-sini untuk dibakar dan dihapuskan. Bonda berhasrat ingin menjadikan kawasan itu sebagai kebun buah-buahan dan sayuran, meneruskan keghairahan seorang warga desa untuk berbakti dengan tanah.

Ikram berada di sebelah saya dengan sebatang kayu kecil yang dikutipnya entah di mana. Kawasan seluas satu ekar itu sudah habis dijelajahnya tetapi dia seperti tidak kehabisan tenaga. Saya membiarkan sahaja gelagat anak yang baru menginjakkan kaki ke tadika itu. Membiarkan dia berasosiasi dengan alam, berinteraksi dengan semulajadi, kerana dia dan diri kita juga adalah sebahagian dari alam ciptaan Tuhan itu.

Menghubungkan anak dengan alam adalah salah satu dari proses pendidikan berfikir. Interaksi dengan alam akan memperkaya jiwa dan hati dengan bekalan perasaan dan renungan, respons dan pengaruh, ketenangan dan kasih sayang. Kejadian alam adalah simbol yang memenuhi makna kewujudan manusia sebagai makhluk kerana segala sangkaan, rasa sedih dan buruk akan sirna apabila kita bertemu dengan alam semulajadi.

 

SILA DAPATKAN MAJALAH DAKWAH DI PASARAN (MPH)

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.