news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Analisis Penyair Sesat
Penyair Sesat

penyair_sesatpenyair_sesatDalam konteks Alam Melayu, timbulnya istilah sastera pada awalnya semacam ada tujuan untuk menyisihkan diri dari tradisi keislaman. Istilah ini sebenarnya lahir dengan maksud yang baharu bersama lahirnya “kesusasteraan moden” selepas 1920an yang didatangkan penggunaan dari Indonesia.

Sebelumnya, pada zaman tradisi, kalau kita membaca tulisan-tulisan lama, kata “sasterawan” yang diambil dari kata “sastera” adalah diganding dengan ahli nujum dan sasterawan. Jadi para sasterawan di zaman tradisi bererti para dukun yang mahir dalam jampi, serapah dan mentera yang sifatnya lebih bercorak lisan disetarafkan pula dengan ahli nujum (astrologi). Kedua-duanya tidak mengasaskan pendapat mereka kepada soal yang saintifik dan rasional tetapi lebih kepada ‘magik’, khayal dan ‘irrational’.

Istilah sastera yang diketengahkan oleh sarjana-sarjana Belanda ke dalam penulisan moden Indonesia bertujuan untuk memesongkan pemahaman tentang wujudnya perkaitan antara bidang penulisan Melayu (Indonesia) dengan Islam. Dengan alasan inilah pengaruh Hindu-Jawa dibesar-besarkan supaya menjadi induk sastera, seterusnya sesuai dengan rujukan geografinya sebagai Nusantara atau ‘nusa antara’ yang bermaksud negara di tengah-tengah. Maksud asalnya ialah Pulau Jawa yang mempunyai sejarah pengaruh Hindu itu.

Istilah sastera jika dimaksudkan pada zaman tradisi lebih merujuk kepada tradisi lisan, tetapi pada zaman moden ini ia lebih merujuk kepada bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti novel, cerpen dan sajak.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.