news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Langit Terbuka Hapuskan Rasa Takut Dan Kekuatiranmu Itu
Hapuskan Rasa Takut Dan Kekuatiranmu Itu

kuatirkuatirBerdakwah di jalan Allah merupakan amalan yang murni dan amat dituntut kendatipun secara realitinya cabaran dalam melaksanakan dakwah amat banyak sekali.

Pelbagai rintangan dan dugaan pasti ada dan kesemuanya menuntut kesabaran dan kesungguhan pendakwah. Sebagai manusia biasa, para pendakwah juga tidak lepas dari cabaran, halangan, kegusaran, ketakutan dan perasaan putus asa dalam usaha melaksanakan dakwah apabila berhadapan dengan halangan, gangguan atau cabaran yang agak besar dan sukar untuk diatasi.

Perasaan takut atau khuatir yang sering muncul dalam diri pendakwah ini adalah sesuatu yang lumrah. Namun apa yang penting ialah bagaimana mengatasinya agar tidak mengganggu atau menghalang pelaksanaan amanah berdakwah yang telah diberikan.

Perasaan ini juga pernah berlaku kepada Nabi Musa AS. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah as-Syu’ara ayat 10-15 yang bermaksud: “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: ‘Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaan-Ku?’ Nabi Musa merayu dengan berkata: ‘Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku. ‘Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintah-Mu kepada Harun (supaya ia membantuku). ‘Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku’. Allah berfirman: ‘Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.”

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.