news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Sekelibat Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan

marhaban_ramadhanmarhaban_ramadhanLebih kurang 360 hari bersembunyi dalam lipatan masa, bulan Ramadan muncul kembali di tengah-tengah kaum muslimin. Secara bahasa, Ramadan berasal dari kata ramdha, yarmadhu, yang bererti panas yang terik atau panas yang membakar. Secara maknawiah kita biasa menghayati Ramadan sebagai bulan yang dapat membakar dan melebur segala dosa orang-orang yang berpuasa.

Berkaitan dengan Ramadan ada istilah “marhaban” yang berasal dari kata rahabu, yarhabu yang bererti luas atau lapang. Marhaban melambangkan suasana penerimaan tamu dengan sambutan hangat, lapang dada, dan penuh kegembiraan. Maka kalimah marhaban ya Ramadan (selamat datang Ramadan) mengandung erti bahawa kita menyambut Ramadan dengan penuh suka cita, gembira dan penuh kehangatan.

Selain pengertian bahasa dan istilah tersebut, Ramadan mempunyai sejumlah nama lain yang diambil dari al-Quran dan sunah, mahupun diambil dari makna hakikinya.

Bulan Ramadan juga digelar Syahrul Ibadah (bulan ibadah), Syahrul Quran (bulan al-Quran), Syahrur-Rahmah (bulan rahmat), Syahrul-Mubarak (bulan keberkatan), Syahrul-Maghfirah (bulan ampunan), Syahrul-Tarbiah (bulan pendidikan), Syahrul-Jihad wal-Faalah (bulan jihad dan kemenangan), Syahrush-Shabr (bulan kesabaran), Syahrul-Judd (bulan kemurahan).

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.