news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Hikmah Remaja Dulu Dan Sekalarang
Remaja Dulu Dan Sekalarang

remaja_duluremaja_duluDahulu dan sekarang adalah dua era yang direnggangkan oleh satu tempoh yang agak lama, mungkin 10 tahun, atau 20 tahun, 50 tahun, dan mungkin beratus tahun. Dalam tulisan ini saya akan menggunakan era keremajaan saya pada tahun-tahun 1950an dan beberapa tahun selepasnya sebagai latar untuk melihat perbezaan yang mungkin ditemui.

Remaja pada tahun 1950an adalah remaja yang berdepan dengan semangat cintakan tanah air yang bergolak untuk mencapai kemerdekaan. Pada zaman itu, jiwa berkobar untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan British. Bukannya kita benci kepada British tetapi kita mahu berdikari, mahu memerintah negeri sendiri. Kita mahu menjadi tuan dalam negeri sendiri.

Dengan niat murni itu, warganegara wajar memainkan peranan untuk membina negara merdeka dan memerintah negara baharu ini sebaiknya. Langkah pertama yang dilihat kewajarannya ialah memajukan negara. Ilmu pengetahuan diutamakan kerana tanpa ilmu, tiada kemajuan yang dapat dikecapi.

Pada waktu itu, bentuk kemajuan dan warna kemajuan wujud dalam budaya dan pendidikan British. Sekolah Inggeris dibuka dengan penubuhan Special Malay Class. Sebelum ini, Sekolah Melayu didirikan untuk murid lelaki dan murid perempuan secara berasingan. Apabila kerajaan mengorak langkah memajukan persekolahan, maka sekolah Inggeris dibuka untuk murid lelaki dan perempuan. Bahasa Inggeris diberi keutamaan, sehinggakan ada sekolah yang mendenda murid jika tidak menggunakan bahasa Inggeris.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.