news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Wawancara Its Not About How Much You Gain, But …
Its Not About How Much You Gain, But …

Hajah_RohaniHajah_RohaniSeringkali apabila krisis kewangan melanda diri, tanpa teragak-agak kita akan menuding jari kepada kegawatan dan kelesuan ekonomi secara makro sebagai faktor utama. Walaupun hakikatnya cara dan gaya hidup kita sendiri yang tidak diurus dengan baik dan bijaksana yang menjadi punca utama berlakunya krisis kewangan tersebut.

“Rakyat kita tidak pandai mengurus kewangan sehingga ramai yang terjerumus dalam ketidakpastian menguruskan perbelanjaan harian mahupun bulanan. Mereka bukannya tidak mempunyai pendapatan pasti, tapi tidak bijak dalam mengurus kewangan,” kata Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Perunding Hijrah Wealth Management Sdn Bhd ketika ditemui oleh Majalah DAKWAH di pejabatnya baru-baru ini.

Beliau mendedahkan sikap masyarakat kini yang dengan ‘senang hati’ menyerahkan diri demi menonjolkan gaya hidup dan tabiat berbelanja tanpa mengambil kira sumber kewangan yang ada - ibarat ‘biar papa asal bergaya’. Tambah beliau, masyarakat kini memiliki ‘nafsu besar’ untuk membelanjakan wang berbanding dengan kemampuan kewangan mereka.

“Masyarakat kini gagal untuk mengukur kemampuan diri sendiri apabila berbelanja. Akhirnya, gaji yang mereka peroleh tidak sepadan dengan perbelanjaan yang mereka lakukan. Masalahnya, bukanlah kerana tidak ada wang atau pekerjaan, tetapi bagaimana wang itu mendatangkan manfaat yang lebih besar dari pendapatan,” ujar bekas pakar motivasi kewangan yang juga penulis produktif itu.

Natijahnya, berapa besar pun pendapatan seseorang itu, kalau tidak diurus dengan baik, ia tetap tidak membawa sebarang faedah kepada pemilik wang tersebut.

Its not about how much you gain, but how much you get out of your money,” tegas beliau. Pengurusan kewangan juga perlu dilihat dalam konteks pendekatan falsafah. Dengan cara ini, menurut beliau akan memberikan pemahaman tentang makna dan cara membelanjakan wang dengan lebih bijak.

“Saya memberi contoh si A dan B sama-sama mempunyai duit berjumlah RM2,000. Kedua-dua orang itu kita suruh untuk membelanjakan wang itu ke satu pusat membeli-belah. Saya percaya kedua-dua individu itu akan membelanjakan wangnya mengikut kadar dan keperluan masing-masing. Nilai duit itu tidak sama bagi setiap orang meski memiliki jumlah duit yang sama,” katanya lagi.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.