news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Sekelibat Ingin Kenyang Di Akhirat, Tahanlah Lapar
Ingin Kenyang Di Akhirat, Tahanlah Lapar

kenyangkenyangKebiasaannya jika berat badan melepasi BMI (Body Mass Index) yang sepatutnya, kita akan mula panik dan menu yang selalu dinikmati akan cuba ditukar kepada menu yang melebihkan sayur-sayuran selain menjauhi menu yang mengandungi lemak dan kalori tinggi.

Maka menu serba mewah yang mengecurkan air liur wajib dijauhi dan diperangi sehabis-habisnya ibarat misi menyelamatkan bumi daripada ditawan makhluk asing! Junkfood yang selalunya menjadi kegemaran itu menjadi ‘makhluk asing’ yang perlu dinyahkan dari pinggan setiap kali waktu santapan tiba.

Bila berat yang diingini dan BMI berada di paras ‘berat badan unggul,’ bukan main gembira lagi. Baju lama yang sebelum ini ibarat ‘pembalut buah nangka’ sudah boleh dipakai dan digayakan semula. Bagi meraikan kejayaan, dihadiahkan cheat day pada diri sendiri – makanlah apa saja yang tekak inginkan sampai perut tak boleh terima!

Keesokkan harinya, kejayaan ‘misi memerangi lemak tepu’ diraikan bersama rakan-rakan pula. Maka sekali lagi, cheat day untuk diri sendiri. Lama-kelamaan tak sedar, punyalah asyik meraikan sehingga ‘ditipu’ diri sendiri berhari-hari lamanya. Akhirnya, panik semula kerana berat semakin naik dan baju sudah jadi pembalut nangka semula! Maka lagi sekali, ‘misi memerangi lemak tepu’ dilancarkan. Begitulah keadaannya diulang-ulang tanpa jemu.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.