news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Hikmah Mukjizat Allah Kepada Lelaki Pilihan
Mukjizat Allah Kepada Lelaki Pilihan

mukjizatmukjizatPara nabi dan rasul ialah insan lelaki pilihan Allah SWT yang diberi tugas menyampaikan misi dengan dua matlamat iaitu khabar gembira lantaran mentaati dan mematuhi perintah Allah atau menyedarkan siksaan Allah pada hari Pembalasan apabila mengingkari peraturan dan suruhan-Nya.

Barisan insan lelaki pilihan ini ternyata manusia istimewa dengan ciri akhlak yang luar biasa mulia seperti sabar, bersantun, merendah diri, berani mempertahankan kebenaran, cekal berhadapan dengan pelbagai rencam halangan.

Misi yang diserahkan kepada manusia pilihan ini ialah misi afdal bagi mengingatkan manusia tentang siapa kita di dunia fana ini. Dalam keghairahan mencicip nikmat pemberian Allah, manusia sering lupa akan diri, sering terlepas pandang dengan kuasa yang memperkasa diri, sering mabuk lantas lalai dengan kemudahan dan keseronokan hedonisme yang menghiasi dunia sementara ini.

Duit dan pangkat menjadi sembahan, jawatan dan pengaruh menjadi kayu ukur kejayaan, wang dan kebendaan menjadi prioriti perjuangan. Hubungan manusia dengan Penciptanya; Maha Berkuasa Maha Penyayang tidak lagi menguasai relung hati yang semakin hitam dengan keingkaran dan kemungkaran yang dilakukan sewenang-wenangnya.

Para rasul menyampaikan wahyu yang mereka terima semata-semata kerana menjalankan perintah Allah. Mereka tidak meminta sebarang upah mahupun ganjaran untuk menyampaikan wahyu Allah ini. Sebaliknya mereka menerima apa sahaja bentuk cacian atau penghinaan yang dilontarkan kepada mereka dengan sabar. Mereka bertahan ketika digelar ‘gila’ atau ‘pendusta’ atau ‘tukang sihir’ namun mereka tidak pula berhenti untuk mengingatkan manusia yang sudah tergelincir dari landasan Allah supaya kembali mengesakan Allah SWT, dan meninggalkan sembahan berhala, kuasa dan materialisme yang menyekutukan Allah Azza wa Jalla.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.