news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Bingkisan Rohani Kepimpinan dan Integriti
Kepimpinan dan Integriti

integritiintegritiSebenarnya cabaran dalam melayari kehidupan khususnya ketika menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam, badan berkanun atau swasta amat banyak. Justeru, bagi menanganinya sudah pasti perlu mengenali sifat-sifat mazmumah yang menghalang integriti. Banyak halangan untuk mencapai dan merealisasikan falsafah Pelan Integriti Nasional (PIN). Antaranya termasuklah:

 

Rasuah

Rasuah mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok atau menyuap). Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab, al-Risywah. Dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum, batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang, semua perkataan “memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan kata lain, mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya, orang yang melakukan rasuah ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka sahaja. Sebagai umat Islam, keredaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa jua urusan. Islam melarang umatnya mengamalkan rasuah.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.