news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Wawancara Umat Islam Pelopor Bidang Perniagaan?
Umat Islam Pelopor Bidang Perniagaan?

kopikopiDunia perniagaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi begitu sinonim dengan dominasi kaum tertentu di negara ini. Sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini, tiada mana-mana pihak yang dapat membantah kenyataan tersebut. Senario ini sepatutnya menjadi tamparan kepada kaum Muslim kerana pada asasnya sejak awal kelahiran Islam, bidang perniagaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi merupakan bidang yang amat berkait rapat dengan perkembangan Islam.

Sedangkan sebelum sistem dan konsep perekonomian konvensional berkembang dan menjadi pegangan di kebanyakan negara, Islam jauh lebih mengenali dan mempraktikkannya terlebih dahulu. Contohnya, konsep tender dan lelongan. Dalam Islam, praktik dalam perniagaan ini telah diamalkan jauh sebelum ia diamalkan seperti sekarang ini. Istilah ini dikenali sebagai al-Mumakasah.

“Al-Mumakasah ialah jual beli barang secara lelongan. Walau bagaimanapun, bentuk lelongan itu tidak sama dengan yang diamalkan pada zaman sekarang di mana pembida tertinggi berhak ke atas barangan yang dilelongkan. Sebaliknya, dalam al-mumakasah, pembida yang paling ‘cincai’ dan paling rendah yang menjadi pemenang lelong,” demikian menurut Ustaz Mohd Helmi Hj Ahmad, Pakar Perunding Kewangan Islam yang ditemui wartawan DAKWAH baru-baru ini.

Begitu juga dengan sistem konsep bai’ al salam dan istisna’ (delivery service). Jauh sebelum konsep delivery order dipopularkan oleh Pizza Hut misalnya, konsep ini telahpun dibincang dan dipraktikkan dalam Islam.

“Pada zaman Nabi, sistem delivery digunakan untuk menerima tempahan mereka bentuk rumah, kapal dan sebagainya. Pada zaman sekarang, sistem ini cukup dengan menggunakan kemudahan laman sesawang dan pemesanan secara online,” kata graduan al-Azhar Mesir ini.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.