news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Zihin Mukmin Adakah Armageddon, Al-Malhamah Al-Kubra?
Adakah Armageddon, Al-Malhamah Al-Kubra?

kometkometAkhir-akhir ini, dunia digemparkan dengan ramalan-ramalan liar tentang peristiwa akan terjadinya hari kiamat. Ramalan-ramalan ini amat kuat kedengaran dari Barat dengan dakwaan bahawa pada tahun 2012 yang lepas merupakan tahun akan terjadinya hari kiamat bagi seluruh umat manusia. Barat menggunakan istilah-istilah tertentu menurut agama Yahudi dan Kristian sebagai usaha bagi meniup bibit-bibit kepercayaan dalam diri seluruh umat manusia tentang bakal terjadinya hari kiamat pada tahun 2012.

Antara istilah yang sering kita dengar adalah “Armageddon”. Sehingga Touchstone Pictures, salah sebuah syarikat produksi perfileman terbesar di Amerika Syarikat telah menerbitkan sebuah filem yang bertajuk “Armageddon” pada tahun 1998. Filem ini ditayangkan hampir ke seluruh dunia termasuk Malaysia dan berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak USD 553.7 milion. Angka tersebut telah membayangkan betapa besarnya pengaruh yang berjaya disebarkan oleh Yahudi melalui proksinya iaitu Barat dalam menanam bibit kepercayaan tentang hari kiamat menurut kepercayaan mereka.

Hal ini telah menimbulkan kebimbangan kerana Allah SWT telah berfirman dalam Surah al-A’raf; ayat 187, yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: ‘Bilakah masa datangnya?’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.’ Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Sesungguhnya, kepercayaan akan melahirkan keyakinan. Lalu terkuak menjadi taksub jika hal ini tidak dibendung dari permulaannya. Sebelum membincangkan tentang pertikaian istilah Armageddon, kenali terlebih dahulu sumber datangnya istilah ini iaitu, kitab Bible. Menurut sarjana Islam terkenal, Ahmed Deedad , terdapat 66 buah versi kitab Bible, dan 73 buah versi kitab Roman Katolik secara keseluruhannya. Melalui jumlah ini, setiap individu memerlukan kepekaan yang tinggi dalam membezakan antara versi dan terjemahan.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.