news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Sekelibat Hikmah Disebalik Ibadah Haji
Hikmah Disebalik Ibadah Haji

kaabahkaabahBulan Zulhijjah adalah bulan yang mulia di sisi Allah dan hari-hari awal dalam bulan Zulhijjah merupakan hari-hari yang paling dicintai Allah SWT. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW, iaitu Allah SWT telah mensyariatkan agar umat Islam banyak melakukan ibadah kepada Allah dengan cara memperbanyakkan tahlil, takbir, tasbih, tahmid, bersedekah, mengerjakan amal kebajikan dan berpuasa (HR Muslim).

Allah SWT telah mensyariatkan agar umat Islam banyak bersedekah, melakukan amal kebajikan dan berpuasa, khususnya pada hari yang kesembilan dalam bulan Zulhijjah iaitu Hari Arafah, hari yang paling mulia dalam setahun, sebagaimana Lailatul Qadar merupakan malam yang paling mulia dalam setahun. Dalam perkara ini, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Berpuasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah dapat menghapus dosa-dosa tahun sebelumnya dan tahun selepasnya,” ( HR. Muslim no. 1162, dari Abu Qatadah). Menghapuskan sosa-dosa yang dimaksudkan adalah dosa-dosa kecil kerana dosa-dosa besar tidak terhapus kecuali dengan taubat kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW juga telah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan Muslim dalam kitab sahihnya: “Solat lima waktu, dan solat hari Jumaat hingga hari Jumaat berikutnya, dan puasa bulan Ramadan hingga bulan Ramadan berikutnya dapat menghapus dosa-dosa yang ada di antaranya, jika sekiranya kamu menjauhi dosa-dosa besar.”

Islam telah mensyariatkan kewajipan-kewajipan tertentu untuk dilaksanakan oleh setiap individu Muslim. Kesemuanya itu adalah ibadah dan para ulama telah membahagikan ibadah kepada kategori ibadah badaniyah, (diri) ibadah maliyah (harta benda) dan kesepaduan ibadah badaniyah dan maliyah(kesepaduan diri dan harta).

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.