news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Hikmah Ajari Anakmu Ilmu Mengenal Alif, Mim, Alif(Allah Maha Esa)
Ajari Anakmu Ilmu Mengenal Alif, Mim, Alif(Allah Maha Esa)

alifalifKitab Ayyuhal Walad memuatkan dua puluh lima nasihat Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali kepada seorang murid yang sangat mencintainya. Kesemua nasihat Imam al-Ghazali ini mengingatkan muridnya akan dunia yang penuh dusta dan penipuan dan menyarankan kesungguhan mengukuhkan iman untuk menyucikan jiwa dengan melaksanakan amalan soleh.

Menatap nasihat ke tujuh membuat saya terpegun lama. Tajuknya: “Dahulukan belajar ilmu yang fardu ain”. Tajuk ini tajuk yang mudah, namun sudahkah kita melaksanakannya, iaitu sudahkah kita memberi prioriti kepada fardu ain dalam proses pembelajaran kita?

Seingat saya, mula-mula proses pembelajaran formal di sekolah ialah mengenal abjad A,B,C dan padanan perkataan pada abjad itu. A untuk Ayam; A untuk Api; A untuk Arnab. B untuk Buku; B untuk Bunga; B untuk Beg. Dan abjad A,B,C itu dilagukan dengan merdu sekali.

Bagi guru yang kreatif, gambar ayam itu dijadikan bahan murid-murid bercerita menggunakan ayat yang betul: Emak saya membela ayam; ayam makan dedak; ayam jantan berkokok; ayam betina bertelur; saya suka makan daging ayam. Ada juga guru yang memberi ruang murid melukis dan mewarna ayam. Aktiviti ini yang paling digemari murid. Apabila guru membenarkan murid melukis dan mewarna mengikut khayalan dan imaginasi murid, maka aktiviti menjadi semakin rancak dan menarik.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.