news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Suri Ibu… Ayah.. Tugasmu Mendidik, Bukan Mendera
Ibu… Ayah.. Tugasmu Mendidik, Bukan Mendera

deraderaRenungilah wajah anak-anak yang dianugerahi Allah SWT kepada kita. Betapa bertuahnya kita kerana terpilih bergelar ibu dan ayah di antara pasangan yang masih tidak dianugerahi si kecil untuk ditumpahkan kasih sayang. Lihatlah di dalam matanya, betapa merekalah harta di dunia dan di akhirat buat kita. Merekalah yang diharapkan untuk menghadiahi kita dengan doa yang akan menerangi ruang kuburan kelak.

Begitu jualah yang diharapkan oleh mereka daripada kita, ibu bapanya. Harapan untuk dibelai dengan penuh kasih sayang dan perhatian dari insan yang diamanahkan untuk melindungi dan mengasihi mereka. Namun, semakin kita menerjah era kemodenan, semakin banyak kisah-kisah penderaan dipaparkan oleh media massa.

Sepertimana statistik yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), sejumlah 16,287 kes penderaan kanak-kanak telah dilaporkan bagi tahun 2008 hingga 2013. Malah, ia menjadi lebih parah apabila bilangan tersebut semakin bertambah sekurang-kurangnya 1,000 kes dilaporkan hingga Mac 2016. Contohnya, kes seorang kanak-kanak perempuan lima tahun, Nur Zuliana Zaara Zulkifli (Yaya) dipercayai didera oleh ibu tirinya sehingga menyebabkan kecederaan patah 13 tulang dan dipenuhi kesan parut. Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dipukul oleh bapanya sehingga lebam di beberapa bahagian anggota badan gara-gara keputusan ujian yang mengecewakan. Apa yang lebih mendukacitakan apabila kes penderaan ini sampai ke tahap meragut nyawa sepertimana yang berlaku terhadap Syafia Humaira Sahari, anak kecil berusia tiga tahun yang dibelasah hingga mati oleh kekasih ibu.

Apalah salah dan silap mereka sehingga amanah yang sepatutnya dibajai dan dididik dengan sempurna ini diperlakukan sedemikian rupa? Pastinya, anak-anak ini berada pada tahap fizikal yang lemah. Siapalah mereka untuk melawan. Bahkan, banyak manalah kudrat yang anak-anak kecil ini ada untuk melawan. Mereka tidak mampu. Malah mereka keliru. Fikiran mereka buntu dan bercelaru – “Apakah salahku ibu... apa salahku ayah sehingga aku diperlakukan begini? Bukankah aku zuriatmu? Darah dagingmu sendiri?”

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.