news menu leftnews menu right
Laman Utama Fokus Bahaya Pemikiran Golongan Anti Hadis
Bahaya Pemikiran Golongan Anti Hadis

Keadaan ini akan terus berlaku sehinggalah umat Islam mengikuti jalan mereka seperti mana Allah SWT telah merakamkan keadaan ini dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): ‘Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar’. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu,” (al-Baqarah:120).

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, dekad berganti dekad dan kurun berganti kurun, namun agenda musuh-musuh Islam masih terus hidup biar pun golongan yang terdahulu sudah digantikan dengan golongan yang baharu. Misi mereka tetap sama, iaitu ingin menghancurkan agama Islam dan umatnya.

Kini, selain diserang secara fizikal, musuh-musuh Islam turut melakukan serangan secara halus terhadap pemikiran umat Islam tanpa disedari. Penyebaran ideologi-ideologi yang berteraskan kepada falsafah sekularisme, liberalisme, humanisme, hedonisme dan sebagainya yang jelas bertentangan dengan akidah Islam merupakan senjata halus yang digunakan oleh mereka bagi menyerang umat Islam dengan menjadikan umat Islam terpedaya dan leka dengan umpan yang disediakan mereka.

Gerakan Anti Hadis

Serangan musuh-musuh Islam ini tidak dapat ditujukan kepada al-Quran kerana Allah SWT telah berjanji untuk memelihara al-Quran daripada penyelewengan dan pemalsuan (al-Hijr: 9). Oleh itu, serangan yang dilakukan adalah terhadap autoriti hadis Rasulullah SAW.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.