news menu leftnews menu right
Laman Utama Fokus Isu-isu Kontroversi Di Sebalik Pemikiran Ibn Taimiyyah
Isu-isu Kontroversi Di Sebalik Pemikiran Ibn Taimiyyah

Pendekatan Ibn Taimiyyah mendapat dokongan gerakan Islam yang baharu seperti di Najd, Saudi dengan kelahiran tokoh reformis aliran Wahabi iaitu Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab (1115-1206/1703-1792) dan mempengaruhi gerakan modenisasi di Mesir bermula dengan Muhammad Abduh (1849-1905) dan muridnya Muhammad Rashid Rida (1865-1935) dan seterusnya. Apa yang membezakan antara aliran-aliran ini ialah pendekatan keagamaan ini ada yang digabungkan dengan pendekatan politik seperti aliran Wahabi dan ada yang bersifat hanya teoris dan akademik tanpa politik seperti aliran Abduh di Mesir. Aliran Abduh juga melahirkan aliran pendekatan sekularis di samping aliran agama sebagaimana yang dipelopori Rida.

Pada umumnya slogan dan metode pendekatan kepada ‘kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah’ mendapat dokongan ramai. Ini berdasarkan beberapa faktor antaranya keperluan untuk kembalinya kepada ajaran Islam yang asli, kemunduran yang berlaku kepada umat dan dunia Islam semasa, berlaku konflik dan perbalahan sesama sendiri, adanya keperluan kepada elemen penyatu dalam masyarakat dan kesatuan pimpinan dan fikrah. Bagaimanapun, pendekatan tersebut membawa kepada kontroversi apabila timbul isu-isu sampingan yang menyebabkan ketegangan dalam masyarakat seperti tuduhan bidaah kepada amalan semasa masyarakat umpamanya bacaan qunut dalam solat Subuh, tahlil, talkin, tawassul, tarikat, ziarah kubur dan sebagainya. Ia tidak berhenti setakat itu apabila berlaku fitnah dan tuduhan kafir-mengkafirkan (takfir) sesama Muslim dalam isu-isu ini kerana ada sikap keras dalam pendekatan tersebut.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.