news menu leftnews menu right
Laman Utama Topik Encik Baba Bikin Loya!
Encik Baba Bikin Loya!

baba_loyababa_loyaMemang tak selesa. Malah, adakalanya rasa meluat juga, tetapi oleh kerana hormatkan dia sebagai seorang pegawai dan sebagai seorang yang lebih tua, saya layankan juga. Tidak dinafikan, ada juga rakan-rakan yang perasan dengan gurauannya yang berbaur lucah, sehinggakan ada yang mengesyorkan saya membuat aduan kepada majikan, tetapi bagi saya, selagi dia tidak melampaui batas yang saya tetapkan, jadi tidak mengapa. Tetapi, jika dia bertindak melampau, maka saya tidak akan teragak-agak untuk membuat aduan,” demikian cerita Maiziah (bukan nama sebenar), seorang kerani di sebuah syarikat besar di ibu kota.

Encik Baba (bukan nama sebenar), menurut Maiziah merupakan seorang pegawai yang peramah. Selalunya jika dia tidak mempunyai urusan di luar sama ada bermesyuarat atau berjumpa dengan pelanggan, Encik Baba sentiasa menceriakan suasana pejabat dengan lawak dan borak kosong sesama kaki tangan bawahannya. Dan selalunya, lawak dan borak kosong itu diisi dengan usikan yang ditujukan kepada Maiziah.

“Biasanya dia akan berkata, hidupnya sunyi jika sehari tidak memandang muka saya. Senyuman dan gelak tawa saya menceriakan harinya. Walau bagaimanapun, kata-katanya itu saya anggap sebagai jenaka sahaja. Malah, biasanya saya dan rakan-rakan yang lain akan turut membuat jenaka dengan berkata apa yang dirasakannya itu adalah suatu yang meloyakan!

“Bilik Encik Baba dengan meja saya dekat sahaja. Selalunya, selang beberapa minit, Encik Baba akan keluar dari biliknya dan menempel di meja saya dengan ‘usikan-usikan manjanya’. Ada satu hari, dia mengajak saya keluar makan bersama-sama tetapi saya tolak dengan baik. Dan kerana itu jugalah, Encik Baba tidak pernah penat dengan ajakannya. Boleh dikatakan dalam seminggu, pasti ada satu hari dia mengajak saya keluar dan setiap kali itu juga saya menolak. Selalunya saya bertanya kepadanya jika betul dia ingin belanja makan, apa kata belanja juga kawan-kawan saya yang lain.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.