news menu leftnews menu right
Laman Utama Topik Tips! Mengelak “Cinta Terlarang” di pejabat
Tips! Mengelak “Cinta Terlarang” di pejabat

cinta_terlarangcinta_terlarangHari ini, negara sedang menuju ke arah sebuah negara maju dan pelbagai aspek kemajuan sedang dipacu meliputi semua sektor. Hal ini tentunya telah membuka banyak peluang pekerjaan. Semua orang, tanpa mengira lelaki mahupun perempuan memiliki peluang sama rata untuk memasuki dunia pekerjaan tanpa mengira sektor mengikut kemahiran dan kelulusan masing-masing.

Sebagai seorang Muslim sejati, dalam usaha kita mencari rezeki, aspek dan nilai agama perlu dipatuhi dengan mengambil kira kedudukan halal haram dan dalam masa yang sama mengambil berat dan menjaga akhlak, adab dan etika kita sebagai umat Muhammad SAW sebenar.

Tidak dinafikan, dalam dunia pekerjaan masa kini, percampuran di antara kaum lelaki dan juga perempuan sama ada di pejabat atau kerja-kerja lapangan tidak dapat dielakkan memandangkan masing-masing mempunyai kekuatan, kepakaran, kemahiran dan kelebihan dalam bidang masing-masing. Justeru, beberapa adab perlu dijaga bagi mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah cinta terlarang, cinta tiga segi, khalwat, gangguan seksual atau lebih parah lagi menjurus kepada perbuatan zina. Antara perkara yang perlu dijaga dalam konteks hubungan lelaki dan perempuan dalam dunia pekerjaan antaranya ialah:

A) Menjaga Perbualan Dan Percakapan

Komunikasi di pejabat amat penting bagi memastikan kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan baik. Dalam komunikasi kerja di antara rakan tugas lelaki dan perempuan, perbualan dan perbincangan yang berlangsung hendaklah dijaga mengikut batasan tertentu. Jangan bercakap atau berbincang perkara-perkara yang bersifat peribadi hingga mewujudkan suatu hubungan yang rapat; membibitkan rasa kasih, sayang dan cinta. Perbualan yang menjurus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan seksual atau gurau senda tanpa batasan dan pujuk rayu dengan alunan suara yang manja perlu dihindar sepenuhnya.

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud: “Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan”.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.