news menu leftnews menu right
Laman Utama Fokus Mengenali Hakikat Cinta Abadi
Mengenali Hakikat Cinta Abadi

Secara umumnya, nada dan fokus perbincangan mengenai peristiwa Valentine di dalam kalangan umat Islam menjurus kepada satu pandangan yang sama. Iaitu pandangan yang bersifat ‘final’ atau di kalangan pihak tertentu sampai pada peringkat ditolak secara mutlak tanpa ada hikmah sedikitpun di sebalik peristiwa itu. Tulisan ini mencuba untuk mencari ruang dan hikmah meskipun itu hanya secebis dari sisi lain sambutan Hari Valentine yang mungkin saja menjadi titik tolak kepada kesedaran dalam menghayati dan memahami agama kita sendiri.

Kita amat menyedari sepenuhnya bahawa sambutan Hari Valentine amat ditegah dalam pegangan agama kita. Selain kerana tidak ada sama sekali asas ajaran agama (Islam) bagi menjustifikasi sambutan itu, praktiknya juga bertentangan dengan batasan, adab dan akhlak yang telah digariskan oleh agama. Perkara itu tidak ada yang mempertikaikan. Bahkan di kalangan agama Kristian di negara Barat sendiri di mana lahirnya sambutan Hari Valentine, ramai yang menolak dan menganggap ritual itu bertentangan dengan pegangan agama mereka kerana dikatakan berasal daripada paganisme.

Namun, ada baiknya juga kita melihat realiti bahawa sambutan itu telahpun menjadi budaya dan tertanam dengan mendalam di kalangan masyarakat kita terutama pada generasi anak muda. Sama ada mereka menyedari perkara ini bertentangan dengan prinsip agama atau sebaliknya, Hari Valentine diraikan sebagai cara mengungkap perasaan kasih sayang dan cinta kepada pasangan masing-masing. Hari yang kerap kali diisytiharkan dalam meningkatkan kecintaan yang sangat mendalam kepada seseorang meskipun hakikatnya dimensi cinta itu bersifat fatamorgana dan tidak berkekalan.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.