news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Zihin Mukmin Bersama, Berkasih Sayang!
Bersama, Berkasih Sayang!

bersama_berkasih_sayangbersama_berkasih_sayangAl-Quran telah menyebut dengan jelas melalui dua ayat di dalam surah al-Fath dan al-Maidah akan dua sifat utama umat ini iaitu: (bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri) dan                (yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang Mukmin). Dua sifat ini telah disebutkan oleh Allah SWT sendiri untuk umat ini. Disebut dengan tegas dan penuh pujian. Inilah sifat yang sepatutnya menjadi jati diri hakiki umat ini.

Kedua-dua sifat ini sepatut dan sewajarnya sentiasa dibawa dalam kehidupan seharian seorang yang benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat. Apabila Allah memuji umat ini yang bersifat dengan dua sifat ini, kita perlu sedar, apabila kita kehilangan sifat ini, bermakna kita juga kehilangan pujian Allah kepada kita. Jika ini terjadi, pasti dan pasti pandangan rahmat Allah kepada kita juga akan terhenti. Tanpa rahmat Allah, apa lagi yang tinggal untuk kita?

Kehilangan sifat ini dalam hubungan sesama kita, pada hakikatnya kita sedang menempah kehinaan demi kehinaan. Dan perlu kita ingatkan, kedua-dua sifat ini perlu wujud dalam umat ini bukan sekadar dilakon-lakonkan demi apa-apa agenda dan kepentingan kebendaan. Sikap dan sifat ini perlu lahir daripada keimanan yang sebenar. Perlu zahir dalam hubungan bermasyarakat sesama umat ini kerana keimanan mereka kepada Allah dan janji-janji-Nya.

Asas kepada dua sifat ini ialah keyakinan terhadap mulianya kalimah iman yang ada di dalam diri setiap umat ini. Kalimah “Laa ilaaha illalLah” ini merupakan kalimah yang sangat besar. Sehingga jika ditimbang kalimah ini di atas neraca dengan seluruh langit dan bumi, nescaya berat lagi nilai kalimah ini di sisi Allah. Kalimah ini kalimah iman. Seseorang yang mati dengan iman hanya seberat zarah saja pun, maka ganjarannya ialah syurga yang sepuluh kali ganda luasnya dunia. Jika seseorang itu ada harta memenuhi bumi ini sekalipun, jika mati tanpa iman, jangankan kata dapat memiliki syurga, untuk hidu bau syurga pun dia tidak layak. Inilah betapa besarnya nilai kalimah ini di sisi Allah.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.