news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Analisis Kembali Kepada Pendidikan Berlandaskan Ahlus Sunnah Waljamaah
Kembali Kepada Pendidikan Berlandaskan Ahlus Sunnah Waljamaah

ahlus_sunnahahlus_sunnahBanyak faktor yang menyebabkan penyimpangan akidah berlaku dan umat Islam menjadi celaru dan keliru dan dikatakan ada yang murtad. Rasulullah SAW dalam hadisnya menyebutkan, di akhir zaman akan terdapat 73 firkah (kumpulan), Allah akan menerima satu firqah saja iaitu yang berdiri atas pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Wujudnya firqah ini bukan perkara baharu. Ia terjadi sejak dulu lagi kerana banyak sebab. Selalunya firqah ini terbina kerana mencari cara bagaimana Islam harus berperanan untuk bereaksi kepada situasi yang dinamik dan akhirnya berlaku penyimpangan dari landasan Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Bila agama tidak lagi menjadi sandaran majoriti orang-orang di Barat, aspek sains dan teknologi dianggap sebagai “tuhan-tuhan baharu”. Saintis dan teknologis dipuja dan dikagumi kerana mereka boleh menawarkan kebenaran dalam menyelesaikan kemelut hidup.

Lalu, lahir fahaman sekular atau dalam bahasa Latinnya saeculum yang mendukung makna pemisahan agama dari pemerintahan atau agama dari kehidupan. Bagi mereka, dunia dan kehidupan zahiri ini adalah segala-galanya. Akal dan rasional diletakkan sebagai asas kemajuan dan perubahan malah akal itu adalah alat menyatakan kebenaran. Perihal yang ghaib dianggap sebagai dogma, khayali dan tidak saintifik.

Kehidupan yang fitrah tidak saja bersifat zahiri tetapi ia juga merujuk kepada faktor batini. Faktor batini adalah sumber kekuatan kepada manusia. Berfikir cara zahiri semata-mata adalah dangkal kerana hakikat batini menuntut jawapan terhadap perkara-perkara yang tidak terjangkau oleh akal dan daya fikir insan.

Faktor zahiri untuk mengisi keperluan jasmaniah boleh ditunaikan dengan adanya usaha dan ikhtiar supaya hidup dapat diteruskan. Bagaimana faktor batini ditunaikan sedang agama menjadi landasan penting membimbing manusia memurnikan hati dan niat kerana keyakinan orang yang beragama bahawa ada Kuasa yang Maha Perkasa melakukan penciptaan dan menguruskan alam ini.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.