news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Langit Terbuka Daish Agenda Yahudi
Daish Agenda Yahudi

daishdaishNegara Yahudi Israel dan Levant (JSIL) dan Daish (ISIS, ISIL atau IS)mempunyai persamaan dari satu segi iaitu ideologi kedua-duanya berpunca dari eksklusivisme keagamaan. Pada masa yang sama kumpulan Islam radikal Daish (ISIS, ISIL atau IS) banyak yang berpegang kepada prisip Takfirisme (mengkafirkan orang lain) dan Zionis berkongsi ciri-ciri yang sama iaitu manusia Yahudi adalah masyarakat yang dipilih oleh Tuhan (The choosen people of God) dan manusia yang lain sebagai goyem (binatang).

Takfirisme merupakan ideologi yang berabad-abad lamanya berlegar dalam kalangan pentakfir dan ditandai dengan amalan menggunakan kanta dogmatik yang keras untuk menghakimi orang lain sebagai kafir dan mereka sahaja yang betul-betul Muslim. Mereka menyeru kepada para pengikut untuk menetap bersama-sama dalam masyarakat yang terpencil dan memerangi orang-orang kafir yang dianggap sebagai musuh. Pada tafsiran mereka tiada orang kafir yang baik. Mereka tidak mahu memandang kepada pengertian toleransi, muhibah, muafakat, kesatuan dan dialog serta interaksi sosial dalam konteks hubungan antara kaum. Bagi mereka, orang kafir mesti dibunuh.

Zionisme mengalami kebangkitan semula pada tahun 1967 apabila Mesir tiba-tiba berhadapan dengan kekuatan dan keunggulan tentera Israel sehingga beberapa daerah dalam negara Arab jatuh ke bawah penguasaan Israel. Daish (ISIS, ISIL atau IS) dan Zionis, bukan sahaja mempunyai persamaan dari segi pandangan mereka yang radikal tetapi juga kepercayaan yang berakar umbi bahawa ideologi selain daripada mereka adalah salah dan perlu diperangi. Kedua-duanya juga menyokong prinsip perluasan wilayah dan penyerapan kuasa politik mereka dengan apa cara sekalipun.

Tema Perjuangan Daish Dan Israel

Daish (ISIS, ISIL atau IS) bukan sahaja telah terbukti melakukan pembunuhan terhadap orang awam yang tidak bersalah bahkan melakukan hukuman mati di tempat awam secara mengerikan, Israel juga boleh dikatakan sama. Apa tidaknya, Ariel Sharon, ketika menjadi Menteri Pertahanan Israel, telah mengarahkan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Sabra dan Shatila, di mana ribuan penduduk awam Palestin terbunuh. Pihak Zionis Israel mensasarkan kanak-kanak, wanita dan warga emas yang tidak bersenjata.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.