news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Wawancara Berbohong Termasuk Gejala Sosial?
Berbohong Termasuk Gejala Sosial?

bohongbohongSelama ini, persepsi yang timbul di minda masyarakat mengenai gejala sosial dalam kalangan anak muda ialah berkait rapat dengan perilaku negatif yang dilakukan individu seperti terjerumus dengan dadah, seks bebas, mat rempit, mencuri, berjudi, minum arak dan sebagainya. Barangkali tidak terlintas dalam fikiran kita bahawa perilaku suka berbohong dan tidak berkata jujur juga merupakan sebahagian daripada ciri-ciri gejala sosial yang perlu ditangani secara serius.

Perkara ini dinyatakan oleh pakar psikologi kanak-kanak dan remaja yang juga seorang ahli akademik, Prof Dr Khaidzir Haji Ismail yang ditemuramah di pejabatnya di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini. Beliau menegaskan bahawa istilah gejala sosial dewasa ini semakin meluas dan tidak hanya merujuk kepada tingkah laku dan sikap negatif yang menjurus kepada jenayah sahaja tetapi juga merangkumi sifat suka berbohong.

“Gejala sosial terjadi seiring dengan pesatnya pembangunan dan kesan kepada persekitaran yang buruk. Ia tidak hanya melulu kepada gaya hidup rosak seperti menghisap rokok dan dadah, merogol, berzina dan merompak tapi meluas kepada gejala suka berbohong. Ramai di kalangan kita yang memandang rendah kesan berbohong ini. Walhal, gejala sosial yang tidak terkawal akan meruntuhkan institusi keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Selama ini, persepsi yang timbul di minda masyarakat mengenai gejala sosial dalam kalangan anak muda ialah berkait rapat dengan perilaku negatif yang dilakukan individu seperti terjerumus dengan dadah, seks bebas, mat rempit, mencuri, berjudi, minum arak dan sebagainya. Barangkali tidak terlintas dalam fikiran kita bahawa perilaku suka berbohong dan tidak berkata jujur juga merupakan sebahagian daripada ciri-ciri gejala sosial yang perlu ditangani secara serius.

Perkara ini dinyatakan oleh pakar psikologi kanak-kanak dan remaja yang juga seorang ahli akademik, Prof Dr Khaidzir Haji Ismail yang ditemuramah di pejabatnya di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini. Beliau menegaskan bahawa istilah gejala sosial dewasa ini semakin meluas dan tidak hanya merujuk kepada tingkah laku dan sikap negatif yang menjurus kepada jenayah sahaja tetapi juga merangkumi sifat suka berbohong.

“Gejala sosial terjadi seiring dengan pesatnya pembangunan dan kesan kepada persekitaran yang buruk. Ia tidak hanya melulu kepada gaya hidup rosak seperti menghisap rokok dan dadah, merogol, berzina dan merompak tapi meluas kepada gejala suka berbohong. Ramai di kalangan kita yang memandang rendah kesan berbohong ini. Walhal, gejala sosial yang tidak terkawal akan meruntuhkan institusi keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.