news menu leftnews menu right
Laman Utama Topik Kisah Benar Disebalik Filem “SUNK INTO THE WOMB”
Kisah Benar Disebalik Filem “SUNK INTO THE WOMB”

the-wombthe-wombSeluruh negara pernah dikejutkan dengan berita seorang ibu berusia 32 tahun mengelar mati bayi perempuannya yang berusia dua bulan. Kejadian itu berlaku di kuarters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Kota Bharu dan Nur Areesa Sofia, anak bongsu dari tiga beradik itu disahkan mati jam 2.45 petang 5 Februari 2017 akibat dikelar dengan pisau pemotong sayur.

Menurut cerita, ibu berkenaan dikatakan mengalami halusinasi mendengar suara ghaib meminta supaya membunuh anak bongsunya. Sebelum kejadian, si ibu mengarahkan suaminya ke kedai manakala dua anaknya yang lain lari keluar rumah akibat ketakutan.

Kisah seorang wanita yang masih berpantang mengalami ‘gangguan perasaan’ bukanlah perkara baharu dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Sebelum kejadian tersebut, berlaku juga kes di mana isteri yang sedang berpantang yang mengalami halusinasi cuba membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi, ke dalam sungai ataupun meninggalkan rumah membawa diri.

Satu kejadian benar yang berlaku di Jepun pada tahun 2010 turut menarik perhatian masyarakat Malaysia apabila kisah tersebut difilemkan pada tahun 2013. Filem tersebut menjadi tular dalam media sosial pada tahun 2016, di mana seorang wanita beranak dua mengalami gangguan perasaan selepas ditinggalkan oleh suaminya.

Suatu hari, suaminya pulang ke rumah dan memberitahu akan memutuskan ikatan perkahwinan mereka. Isteri yang tidak bekerja merasakan ia sesuatu yang mengejutkan, dan mula mengalami tekanan perasaan. Bagi menampung kehidupan tiga beranak, si ibu mengambil keputusan untuk keluar bekerja dengan meninggalkan dua orang anaknya masing-masing berusia sekitar 3 dan 1 tahun di rumah sendirian. Anaknya yang sulung bernama Sachi manakala yang kecil bernama Sora.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.