news menu leftnews menu right
Laman Utama Topik Para Suami Memanjakan Isteri Berpantang
Para Suami Memanjakan Isteri Berpantang

berpantangberpantangKisah ibu meroyan selepas melahirkan anak bukan isu baharu kerana ia sering diperkatakan dan dibincangkan di mana-mana sahaja. Tambahan pula, kejadian terbaharu melibatkan seorang ibu muda yang mengelar anaknya berusia dua bulan beberapa bulan lalu menjadikan isu meroyan ini semakin hangat diperbincangkan. Soalnya, bagaimanakah kita ingin menyalahkan wanita tersebut jika peristiwa hitam itu berlaku di luar tahap sedar dirinya sendiri? Apatah lagi ketika dia sedang mengalami keadaan ‘meroyan’ selepas melahirkan anak.

) (lihat http://www.sinarharian.com.my/hiburan/meroyan-selepas-bersalin-1.221744).

Postpartum blues ialah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius. Ia kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin. Perubahan emosi ini memuncak pada hari ketiga sehingga hari kelima selepas bersalin. Ia akan berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya emosi ibu kembali kepada sediakala. Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran memberi pengalaman yang berbeza. Ibu-ibu yang mendapat perubahan emosi ini mudah berasa penat dan keletihan.

Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression pula bermaksud gangguan psikologi yang perlu mendapat rawatan pakar. Ia mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Kes ini berlaku kepada satu dalam setiap lapan (1:8) ibu yang melahirkan anak, ataupun 10 peratus sehingga 20 peratus daripada ibu yang mengandung. Ia lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga selepas setahun kelahiran anak. Malah, ia juga berlaku selepas keguguran atau kematian bayi di dalam kandungan. Ibu-ibu yang menghidap kemurungan selepas bersalin mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama berbanding perubahan emosi pada postpartum blues.

Masalah psikologi selepas bersalin atau postpartum psychosis juga dipanggil sebagai gila meroyan. Ia adalah peringkat paling teruk yang jarang berlaku selepas bersalin. Ia berbeza daripada masalah psikosis yang biasa berlaku kepada masyarakat umum kerana kaitannya dengan proses bersalin.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.