news menu leftnews menu right
Laman Utama Fokus Berhala Moden Membawa Syirik Tanpa Disedari
Berhala Moden Membawa Syirik Tanpa Disedari

Manusia pada zaman ini amat bergantung dengan gajet dan rangkaian internet. Lihatlah di sekeliling kita ketika menjalankan kehidupan dan rutin harian. Di dalam ruang belajar di sekolah, universiti, masa mesyuarat, pembentangan, berniaga, membayar bil, membayar hutang, bersenda gurau dan membuli sesama kawan, melepak di kedai mamak hingga dibuat bagi tujuan kejahatan, semua menggunakan gajet dan saluran internet.

Bahkan pada peristiwa-peristiwa yang amat menyedihkan seperti dalam acara pengebumian jenazah atau menziarahi orang sakit, kebanyakan tangan orang tidak lepas daripada memainkan gajet. Malah, ramai yang tidak peduli dengan keadaan orang yang diziarahi itu dek tenggelam dengan berbalas mengirim pesan, posting timeline dalam media sosial kemaskini profil dan tertawa-tawa sendiri seperti orang kurang waras. Mereka bukannya bertegur sapa dengan orang yang sama-sama hadir.

Hatta, dalam menjalankan perintah agama seperti solat, berzikir dan berpuasa. Kita dapat perhatikan di surau dan masjid yang melaksanakan solat berjamaah. Sebaik sahaja imam membaca salam, tidak sedikit jamaah yang segera menjamah dan memeriksa gajet mereka. Bukannya mengikuti imam untuk berzikir dan berdoa. Begitu juga di dalam majlis doa atau kenduri tahlil yang kerap kita dapati sesetengah orang sibuk menatap layar gajet berbanding membaca buku yasin yang disediakan oleh tuan ruma

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.