news menu leftnews menu right
Laman Utama Topik Paradoks Dua Siti
Paradoks Dua Siti

paradoksparadoksKe belakangan ini, dua nama Siti melonjak menjadi buah bibir yang menghiasi dada media massa sama ada media konvensional atau media baharu. Sungguhpun nama Siti pada asasnya merupakan nama popular dan menjadi pilihan masyarakat Melayu dalam memberi nama kepada anak mereka, akan tetapi kelibat dua Siti yang terakhir ini mencetuskan tanda tanya besar yang berlegar-legar dalam minda umat Islam di negara ini.

Iya, penangan dua Siti iaitu Siti Noor Aishah dan Siti Kassim cukup menimbulkan kekalutan di negara ini. Tidak hanya memercikkan kekalutan di dalam kalangan umat Islam sendiri, tetapi turut meleret kepada perhatian bukan Islam yang telah memanfaatkan isu ini dengan menghentam pihak-pihak yang berkaitan. Berikutan itu, timbul soalan adakah tindakan dan pemikiran dua Siti ini menjadi petanda tindak-tanduk mereka diikuti oleh orang ramai? Ataupun perkara ini sekadar kes terpencil yang hanya diikuti oleh segelintir orang?

Tidak dapat dinafikan, kelibat dua Siti ini telah membuka ‘kotak pandora’ wujudnya aliran dan golongan dalam Islam. Iaitu golongan radikal dan golongan liberal. Kedua-dua kelompok ini sedang berusaha menonjolkan dua identitinya kepada masyarakat meskipun melalui tindakan-tindakan yang jelas tidak sesuai dengan prinsip agama.

Di satu pihak, Siti Noor Aishah, seorang pelajar siswazah di Universiti Malaya didakwa terlibat dalam gerakan ekstrem Islamic State (IS) yang berpangkalan di Iraq kerana menyimpan dan memiliki buku-buku berunsur keganasan yang berkaitan dengan kumpulan pengganas. Di pihak lain, kita juga dihidangkan dengan ‘drama’ yang dimainkan oleh Siti Kassim, salah seorang peguam terkemuka menerusi tindakannya terlibat dalam saman sivil terhadap pendakwah tersohor Dr Zakir Naik dan penentangannya yang keras terhadap usul pindaan 355 Akta Mahkamah Syariah.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.