news menu leftnews menu right
Laman Utama Topik Perang Dua Kutub Antara Liberalisme Dan Radikalisme
Perang Dua Kutub Antara Liberalisme Dan Radikalisme

extremeextremeUmat Islam di Malaysia pada hari ini terperangkap antara dua ideologi berbeza yang sedang menyebarluaskan pengaruh dan fahaman masing-masing. Dua ideologi tersebut ialah ideologi liberalisme dan ideologi radikalisme.

Sebelum kita mengupas lebih lanjut berkenaan bagaimana dua ideologi ini tersebar di Malaysia khususnya dalam kalangan belia remaja, adalah lebih baik sekiranya kita memahami apakah definisi, perjuangan serta sejarah ringkas ideologi liberalisme dan radikalisme ini.

Liberalisme secara ringkasnya merupakan sebuah ideologi yang memperjuangkan hak kebebasan individu tanpa terikat dengan mana-mana fahaman agama. Kiblat para pejuang liberalisme adalah hak kebebasan mutlak individu, manakala neraca pertimbangan mereka pula adalah logik akal dan nafsu semata.

Bagi mereka yang terpengaruh dengan ideologi liberalisme ini, apa sahaja yang diinginkan oleh nafsu tidak kiralah sama ada perkara itu bertentangan dengan aturan agama mahupun memudaratkan diri sendiri, adalah tidak wajar dihalang oleh sesiapapun kerana itu adalah hak mereka terhadap diri mereka sendiri.

“Aku dengan dosa aku, kau dengan dosa kau. Kubur lain-lain.”

Teringat saya akan sebuah perkongsian yang disampai oleh Dr Osman Rasip, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkenaan sejarah bermulanya kemunculan fahaman liberalisme di dunia. Semuanya bermula beratus tahun dahulu sewaktu berlakunya gerakan Renaissance; titik tolak berakhirnya zaman gelap di bumi Eropah.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pada zaman gelap Eropah, institusi agama yang dipelopori oleh para paderi mempunyai kuasa autonomi dalam bidang politik dan pentadbiran negara. Sesiapa sahaja yang mempunyai fahaman dan ideologi yang bertentangan dengan ideologi institusi gereja pada ketika itu akan dihukum bahkan dibunuh dengan kejam.

Sejarah ini dibuktikan dengan hukuman dibakar hidup-hidup yang telah dijatuhkan kepada Giordano Bruno, penyokong teori Nicolas Copernicus yang menyatakan bahawa matahari berada di tengah-tengah cakerawala, dan bukannya bumi seperti mana yang dikatakan oleh pihak gereja. Begitu dahsyat sekali institusi gereja mencengkam masyarakat Eropah pada ketika itu.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.