news menu leftnews menu right
Laman Utama Fokus Tempat Cahaya Berlapis Cahaya
Tempat Cahaya Berlapis Cahaya

Setelah agak reda, dengan tenang penulis berkata, “Beginilah, buat sementara waktu, apa kata kau cari mana-mana masjid atau surau. Kemudian ambillah wuduk dengan tenang. Beriktikaflah sehingga waktu Maghrib di situ. Esok kita berjumpa semula.”

Alhamdulillah, apabila berjumpa keesokan harinya, dia kelihatan lebih ceria. Isi perbualan jauh lebih positif dan idea-idea yang dilontarkan juga lebih rasional. Walaupun masalah rumah tangganya belum selesai, tetapi dari cara dia menghuraikannya, dengan nada suara yang sangat jauh berbeza daripada semalam.

Kenapa penulis meminta kawan penulis itu ke masjid? Hakikatnya, penulis sendiri buntu bila mendengar rintihan kawan penulis itu. Namun, akhirnya penulis mengambil keputusan untuk tidak memberikan apa-apa nasihat yang menyentuh secara langsung masalah yang diutarakan. Sebaliknya penulis mengambil keputusan untuk mengalihkan beliau kepada suatu suasana yang dipenuhi rahmat dan sakinah (ketenangan), satu suasana yang positif dan penuh berkat.

Maka dimanakah lagi suasana sedemikian boleh didapati jika bukan di rumah Allah? Suasana yang penuh nur yang akan menerangi apa sahaja kegelapan dan kekusutan hidup. Suasana yang penuh dengan cahaya di atas cahaya.

“Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci al-Quran) adalah sebagai sebuah ‘misykaat’ yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) kepada nur hidayat-Nya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Nur hidayat petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.” ( an-Nur: 35-36)

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.