news menu leftnews menu right
Laman Utama artikel Analisis Ilmu atau Kerjaya?
Ilmu atau Kerjaya?

kerjayakerjayaKemunculan ratusan pusat pendidikan tinggi swasta menambahkan jumlah rakyat Malaysia yang berpendidikan tinggi dan selaras dengan sasaran yang ditetapkan di mana pada tahun 2020, 40 peratus penduduk mempunyai tahap pendidikan selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu di peringkat tertiari.

Berdasarkan kohort umur penduduk, setiap tahun terdapat lebih 450,000 mendaftarkan diri sebagai pelajar dan jumlah yang hampir sama mengambil peperiksaan SPM. SPM merupakan peperiksaan yang bakal menentukan aliran pendidikan tinggi dan diguna pakai secara meluas untuk kemasukan ke ruang pekerjaan atau pasaran buruh. Berdasarkan iltizam kerajaan sejak memperkenalkan pendidikan tinggi swasta, SPM sebelumnya dijadikan pengukur tahap pendidikan rakyat dan selepas tahun 1978, tahap pendidikan selepas SPM dijadikan sasaran minimum bagi setiap rakyat.

Ruang mendapat pendidikan terbuka luas dalam pelbagai aliran, iaitu akademik, teknikal, vokasional dan kemahiran selain agama. Sayangnya, saban tahun dianggarkan satu pertiga lepasan SPM tidak bersedia untuk memasuki institusi pendidikan atas pelbagai alasan, pembiayaan pendidikan yang mahal dan peluang pekerjaan selepas graduasi.

Dianggarkan lebih 100,000 orang pelajar menamatkan pengajian mereka dalam pelbagai peringkat sijil, diploma dan ijazah sukar memperoleh pekerjaan disebabkan beberapa faktor, antaranya kecekapan berbahasa Inggeris, tidak mempunyai kemahiran, hanya berkelulusan akademik, tidak berpengalaman dan sikap memilih.

PENGANGGURAN SISWAZAH

Kesannya, hampir 400,000 rakyat negara ini menganggur dan ia merupakan satu kerugian besar kepada negara. Sebahagian besar pelajar-pelajar berkenaan turut berhadapan dengan beberapa sekatan kerana tidak membayar pinjaman pendidikan walaupun sudah lebih enam bulan menamatkan pendidikan tertiari. Akhirnya, pembiaya atau pihak yang memberikan pinjaman pendidikan berhadapan masalah, kekurangan dana pusingan dan mengambil tindakan menyenaraihitamkan peminjam. Peminjam yang disenaraihitamkan akan terhalang daripada membuat sebarang bentuk pinjaman lainnya, termasuk pinjaman perumahan, kenderaan dan sebagainya.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.