news menu leftnews menu right
Laman Utama Topik 5 Tips Cukup Duit Gaji
5 Tips Cukup Duit Gaji

tips

SmileDapat gaji, simpan 10 peratus daripada jumlah gaji dahulu sebelum belanja.

.

Ini adalah peraturan wajib. Sebelum anda ambil duit gaji anda untuk belanja harian, belanja dapur, bayar ansuran, bayar hutang dan sebagainya, simpan 10 peratus dahulu gaji tersebut ke akaun simpanan anda. Contohnya, gaji saya adalah di dalam akaun Bank Islam. Jadi, setiap kali gaji masuk, saya akan transfer sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji saya ke akaun Tabung Haji saya. Jadi, anda seharusnya ada sekurang-kurangnya dua akaun iaitu akaun bank untuk wang perbelanjaan dan akaun simpanan yang tidak boleh diganggu.

.

SmileAda perancangan kewangan.

.

Perancangan kewangan amat penting bagi mengelakkan wang digunakan kepada perkara yang tidak sepatutnya. Bahagikan siap-siap jumlah wang untuk setiap kategori perbelanjaan dan komitmen bulanan. Tidak kira sama ada anda baru mula bekerja dengan gaji yang kecil, atau anda bekerja ambil upah atau berpangkat besar dengan gaji enam angka setahun, anda perlu tahu bagaimana anda membelanjakan wang jika anda mahu mengawal kewangan anda.

.

Senaraikan setiap perbelanjaan anda hari ini. Buat analisis untuk melihat sama ada anda boleh berjimat. Langkah ini mungkin membolehkan anda memperuntukkan lebih banyak wang untuk mencapai matlamat kewangan lain. Apabila anda telah meluangkan masa untuk menyediakan bajet, pastikan anda mengikutinya.

.

SmileBelanja ikut keperluan bukan ikut kemahuan.

.

Belanja ikut keperluan dan bukan ikut nafsu kemahuan. Ramai yang pantang tengok sesuatu perkara yang diminati, mereka akan segera dapatkannya. Walaupun ia tiada dalam perancangan dan bukan sesuatu yang menjadi keperluan.

.

SmileMinimumkan perbelanjaan.

.

Apabila anda mengurangkan perbelanjaan dan jumlah komitmen bulanan anda, maka anda mempunyai lebih banyak wang lebihan setiap bulan. Contohnya, berbanding naik kereta ke tempat kerja, mungkin naik motor lebih praktikal dan lebih jimat minyak jika tempat kerja anda dekat sahaja. Contoh lain, bil telefon atau topup, kurangkan panggilan dan SMS atau boleh WhatsApp sahaja. Atau pilih pelan telefon yang percuma untuk panggilan ke talian yang sama. Bagi yang bujang pula, pilih rumah sewa yang lebih murah, berkongsi bilik atau duduk sahaja di kuarters jika ada. Jika anda ingin membeli kereta pertama atau kedua, apa kata pertimbangkan kereta second hand yang lebih murah tanpa perlu bayaran ansuran bulanan sehingga bertahun-tahun.

.

SmileAmalkan menderma.

Sudahkah anda peruntukkan sejumlah wang untuk anda dermakan setiap bulan? Tahniah jika anda ada menderma, tetapi jika tiada, mulakan untuk menderma sedikit wang anda kepada mereka yang memerlukan. Ini kerana, dengan menderma, Allah akan cukupkan keperluan anda dan tambahkan lagi berganda-ganda daripada sumber yang tidak disangka-sangka. Wang yang sedikit dirasakan cukup apabila rezeki yang diperoleh itu berkat.

 


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.