news menu leftnews menu right
Laman Utama Islam dan Sains
Islam dan Sains
Konsep Bulatan Sempurna & Geometri Di Dalam Tawaf

oleh Malim Ghozali PK

 

Penulis ialah Penterjemah, Pengkaji dan Penceramah Bebas

 

 

Rajah 1: Laksana deburan arus di sungaiRajah 2: Garis sentuh dan satahRajah 3:  Sudut ghaib (oblique angle) 17° darjah


 

Setakat makalah ini ditulis, ramai para jemaah bagi musim haji 1431 Hijrah sudahpun berangkat ke tanah suci Makatul Mukaramah. Alhamdulillah, di negara ini pemergian seseorang bakal haji untuk menunaikan rukun Islam yang kelima melalui tatacara yang teratur. Menerusi kursus-kursus yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji, proses pelaksanaan dan maklumat-maklumat berkaitan dengan rukun dan wajib haji diperjelaskan. Kelicinan dari segi pengurusannya pula mendapat pujian dari negara-negara di seluruh dunia.

 
Lupakan Penyingkiran Pluto: Selamanya Planet Tetap 11

Oleh MALIM GHOZALI PK

 

Latarbelakang

 

TIGA tahun setengah yang lalu media dunia dikejutkan dengan penyingkiran Pluto dari senarai planet-planet.  Pada waktu itu saya bercadang untuk memberikan reaksi terhadap  artikel yang tersiar di akhbar Utusan Malaysia pada 26 Ogos 2006.  Artikel yang dipetik daripada AP itu tidak pula mencatatkan nama penulisnya.  Entah kenapa, saya terlupa, dan masa pun menenggelamkan hasrat itu.  Kini, saya mengambil kesempatan untuk menyatakan pendapat tentang isu tersebut.

 
SAINS TIDAK PERNAH TERPISAH DARIPADA AL-QURAN
OLEH MALIM GHOZALI PK

AL-QURAN memperjelas fenomena-fenomena sains dan fizik, jauh sebelum sebarang penemuan mengenainya berlaku di Barat - quote

Adakah agama dan sains terpisah? Atau perlukah kedua-duanya dipisahkan, seperti yang dilakukan oleh Barat?
 
Debat mengenai hal tersebut dan hujah kumpulan masing-masing tentang keserasian ataupun pertentangan sains dan agama tidak kunjung padam sejak berabad lalu. Mutakhir pertentangan pendapat ini menjadi lebih akut. Dua tahun lalu, kedengaran bising-bising dari kalangan tertentu terhadap sebuah buku teks untuk mata pelajaran sains terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang direncana mahu digunakan pada 2009.  Kemarahan mereka berpunca dari ayat ‘all living things are created by God‘.  
 




Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.