news menu leftnews menu right
Laman Utama Kategori Lain >> Catatan Editorial
Catatan Editorial
Menghadapi Bencana Dengan Sikap Teologis

 

MENURUT Karen Armstrong, sejak meletusnya Perang Dunia Kedua, banyak rakyat Britain tidak mahu lagi percaya kepada Tuhan. Mengapa perang dibiarkan bergolak dan berkecamuk, yang menimbulkan bencana yang sedemikian dahsyat, jika Tuhan memang Maha Kuasa? Kerana pertanyaan ini tidak dapat dijawab dengan memuaskan, maka sebahagian rakyat Britain meninggalkan Tuhan dan tidak mahu menghiraukan lagi akan agama.

 

Mereka tidak berfikir bahawa peperangan adalah akibat ‘keserakahan’ manusia sendiri, bukan kehendak Tuhan. Tetapi, kerana penderitaan begitu berat yang dirasakan, lalu orang mencari jalan termudah: menyalahkan Tuhan.

 
Tiada Sahabat Lainkah Selain Syaitan?

 

RASULULLAH s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 
Siapa Bertanggungjawab Mengubahnya?

 

KALANGAN non-Muslim, khususnya di Barat, banyak belum memahami secara benar akan hakikat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mereka sering mencitrakan Islam sebagai agama ‘keras atau teroris’ – itulah kecenderungan yang ditampilkan oleh majoriti media mereka.

 

Media-media tersebut menolak atau menafikan keseimbangan ekosistem dalam pemberitaan. Seharusnya, jika ingin memberitakan sesuatu peristiwa yang disangkut-pautkan dengan Islam, mereka perlu memiliki tanggungjawab moral untuk membawa para pembaca berfikir kritis, intelektual/ilmiah dan objektif.

 

Inilah tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh media Islam yang ‘bijak dan cerdas’ dalam usaha memperbetulkan persepi salah non-Muslim terhadap Islam dan umatnya.

 




Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.