news menu leftnews menu right
Laman Utama Komentar
Komentar
Kepenggunaan-Wasatiyyah

kepenggunaanKepenggunaan merupakan peringkat terakhir setelah selesai aktiviti pengeluaran dan pengagihan. Masyarakat yang telah sebati dengan suasana ekonomi moden tidak terdaya untuk menghadapi aliran penawaran barangan dan perkhidmatan yang semakin berleluasa di pasaran. Suasana ini sebenarnya mengundang kecenderungan perbelanjaan masyarakat yang sukar dikawal sehingga berlaku masalah pembaziran, berlumba-lumba mengejar status, budaya berhutang yang tinggi, muflis, inflasi seterusnya mencetuskan pelbagai sosioekonomi.

 
Imej Wanita Islam Masih Dipersoalkan?

imej_wanitaTerdapat sebahagian para sarjana Islam ketika membicarakan tentang isu kedudukan wanita di dalam Islam menyatakan bahawa salah faham masyarakat tentang isu ini amatlah besar. Masyarakat Barat terutamanya mempunyai persepsi bahawa wanita pada pandangan Islam adalah merupakan makhluk tanpa roh, ditekan dan ditindas, malahan mereka sering bertanya, “Dalam Islam, apakah anda percaya bahawa wanita itu mempunyai roh?” “Bukankah syurga itu hanyalah untuk lelaki?”

 
Turki Di Bawah Pimpinan Erdogan

turkiSeorang penulis terkenal dari Turki, Harun Yahya menulis komentar menarik mengenai kemenangan demokrasi dan kegagalan rampasan kuasa oleh segelintir penjawat awam yang didalangi oleh pergerakan Hizmet pada 15 Julai lalu. Menurut beliau, rakyat awam Turki telah berjaya “melumpuhkan hasrat segelintir pihak tentera” untuk berkuasa. Ia disifatkan sebagai “the first time in the history of world that a large-scale coup attempt was warded off by the great effort and support of civilians.” (New Straits Times, 22 Julai 2016).

 
Air Jampi Tok Hassan

air_jampiTeringat ketika kecil dahulu, setiap kali demam, bukan doktor, tetapi Tok Hasan lah orang pertama yang dicari. Tok Hasan adalah bomoh di kampung saya lima hingga enam dekad yang lalu. Selain memupuk air asam jawa diubun-ubun kepala dan mandi air perigi yang sejuk menyengat tulang, air jampi Tok Hasan turut menjadi ikhtiar. Alhamdulillah, asbab air jampi Tok Hasan, ditambah dengan ikhtiar berubat secara alami ciptaan Allah ini, memberikan kelegaan kepada demam yang saya hadapi ketika itu.

 
« StartPrev12345NextEnd »

Page 1 of 5


Majalah Dakwah Online ©, Resolusi terbaik adalah 1024 x 786, Pelayar sesuai untuk melihat laman web ini adalah Firefox, Valid XHTML and CSS.